HeartBeats by Dre
Stetoskop ialah peralatan perubatan yang sinonim dengan kerjaya seorang doktor. Jika menonton filem melayu pelakon hanya perlu memakai kot makmal dan menggantung sebuah stetoskop pada leher untuk kelihatan seperti seorang doktor. Selepas itu mereka akan mengeluarkan dialog yang tak masuk akal seperti “saya rasa aritmia jantung Cik Dahlia kronik kerana kekurangan koklea pada Liku Henle kanan coccyx beliau”. Sejak dicipta oleh Rene Theophile Hyacinthe Laennec pada tahun 1816, rupa asas steteskop tidak banyak berubah. Terdapat diafragma pada bahagian bawah dan sebuah angkup yang dimasukkan ke salur telinga pemakai. One ialah stetoskop digital pintar ciptaan Thinklabs Medical. Ianya cuba memberikan rupa dan fungsi baru untuk alat yang hampir berusia 200 tahun ini. Doktor boleh menggunakan fon telinga ataupun fon kepala biasa dengan One. Bunyi dari One boleh dilaraskan mengikut kehendak doktor. Ini memudahkan pengesanan penyakit jantung atau anomali pada paru-paru. Dengan aplikasi telefon pintar yang dicipta khas, doktor juga boleh melakukan pengasingan bunyi latar belakang tertentu di samping merekodnya untuk didengar semula. Audio yang dirakam boleh dikongsi dengan doktor doktor lain bagi mendapatkan pendapat kedua dalam melakukan diagnosis penyakit pesakit yang sedang dirawat. One boleh dibeli sekarang dengan harga tawaran USD 499. Adakah stetoskop pintar diperlukan oleh industri perubatan? Ada tak para doktor di kalangan pembaca Blogserius sudi memberikan komen?
Sumber ThinkLabs
Sebenarnya, dah lama aku terfikir pasal benda ni...sedikit sebanyak ada kemajuan pada stetoskop.....1sto....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOh Rozana
ReplyDeleteBangla itu diam …….
Saat bisjut & royi cemara terpaku membisu
Membawa bisjut & royi mengembara
Hingga menembus batas lamunan jejaka bangla
Oh Rozana
Masih ku simpan seketul bisjut & royi untukmu
Di sudut hati ini, di mana keresahan jejaka bangla membias sendu
Hingga lelah hati temani sepiku..
Oh Rozana
Entah kenapa
Masih sanggupkah kau membeli bisjut & royi
Dan menggambarkan garis-garis pucat wajahmu
Diantara rindu yang menghempaskanku.
Atau biarkan saja bisjut & royi menghapus jejakmu
Nak bisjut?
cool!~
ReplyDeleteminat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
thanks ^_^
jgn doktor kat tempat aku ni tersalah guna benda ini kat pesakit sudahlah.krg lain yg di checknya pulak wkwkwkw
ReplyDeletewow nice
ReplyDeleteTorrent Movie Melayu, Komik & Majalah Malaysia @ MelayuCrewz
aksi dalam kereta aaron aziz whoopp
ReplyDeletesaya! saya! saya! saya! saya doctor !
ReplyDeletehebat Cik Dahlia ko obe.
ReplyDeletebuah pinggang ngn telinga kt punggung ya.
in practice, tuan doktor selalunya nak tengok printed ECG. unless stetoskop ni boleh connect ngn printer, hospital/clinic tak beli kot.
-bukan doktor
http://en.wikipedia.org/wiki/Arrythmia
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Loop_of_Henle
http://en.wikipedia.org/wiki/Cochlea
http://en.wikipedia.org/wiki/Coccyx