Thursday 26 June 2014

Serius - Wanita Mungkin Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menyelamatkan Itik Di Tepi Jalan


Quack Quack

Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010 ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini  beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiau Jessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini. 

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada. 



Sumber Montreal Gazette

9 comments:

  1. Replies
    1. Oh Rozana

      Di sini telah aku tulis
      Berjuta-juta kesaksian
      Tentang bisjut & royi
      Namun cerita slalu tidak pernah sempurna
      Karena jarak terlalu jauh
      Untuk di tempuh oleh jejaka bangla

      Dan bisjut & royi sudah kutitipkan kepadamu
      Agar bisjut & royi itu akan menyatu
      agar diterima oleh bangla
      Serta anganmu belaka

      Oh Rozana

      bisjut & royi ini hampir retak
      Dekaplah ia dengan erat
      Agar bisjut & royi tidak terpisahkan
      Hanya karena khayalan serta angan jejaka bangla

      Nak bisjut?

      Delete
  2. adoi.... itik punya pasal.....

    ReplyDelete
  3. ini semua ketentuan Tuhan - Fathul bari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua salah UMNO!! - Mat Sabu (Timb. Pres. PAS)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Itik oh itik

    minat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
    jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
    thanks ^_^

    ReplyDelete
  6. kenyataan Jue Aziz mengenai gambar seksinya semasa di pantai remis http://fzzj.readthisstory.net/my-7730138

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails