Tuesday 18 June 2013

Serius Cool - Kontum Indochine Café : Kafe Moden Beratap Buluh Di Vietnam (12 Gambar)


Buluh!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni kami kerpa melihat bangunan baru yang dibina menggunakan bahan binaan tradisional. Jika anda masih ingat kami pernah memaparkan sekolah diperbuat dari buluh di Bali dan juga konsep perkampungan terapung di Vietnam yang juga diperbuat daripada buluh. Hari ini mari sekali lagi kita ke Vitenam untuk melihat Kontum Indochine Café yang keseluruhan strukturnya diperbuat dari buluh. Kontum Indochine Café ialah kafe untuk Hotel Kontum Indochine yang terletak di tepi Sungai Dakbla, Bandar Kontum pertengahan Vietnam. Sebanyak 15 tiang yang menyangga atap restoran ini mempunyai bentuk seperti lukah ikan yang digunakan penduduk setempat untuk menangkap ikan di dalam sungai. Buluh dipilih sebagai bahan binaan kerana ianya mudah diperolehi dan akan memberikan rupa yang unik untuk restoran ini. Cool stuff. 




Laporan asal Dezeen

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails