Friday 21 June 2013

Serius Konsep - Emopulse Smile : Jam Tangan Pintar (11 Gambar)


Cool beans!

Samsung dan Apple kedua-duanya sedang giat menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri. Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan iWatch buatan Apple kini sedang dalam proses penghasilan prototaip. Persoalannya sekarang adakah kita memerlukan jam tangan pintar sekiranya kita sudahpun memiliki telefon pintar? 

Emopulse Smile ialah sebuah konsep jam tangan pintar yang kami rasakan unik. Tidak seperti jam pintar Samsung dan Apple yang dikatakan hanyalah sebuah jam tangan yang boleh menjalankan aplikasi, Smile cuba menjadi telefon pintar yang boleh dipakai di pergelangan tangan. Menurut Emopulse mereka sudahpun menghasilkan prototaip. Ia akan dilengkapi skrin OLED melengkung, kamera 12 megapixel, kemampuan LTE, telefoni, muatan dalaman 128/256 Gigabyte dan bateri sebesar 2500 mAh. Mereka sedang mengumpulkan dana untuk menjual Smile kepada umum. Harga bermula dari USD 480 (RM 1542) untuk versi 128 GB dan USD 550 (RM 1767) untuk versi 256 GB. Adakah anda tertarik?




Laporan asal Facebook Smile

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails