Saturday 22 June 2013

Serius Konsep - AgustaWestland Project Zero : Pesawat Tilt Rotor Terkini (15 Gambar)


Tilt Rotor


Sejak kebelakangan ni syarikat pengeluar helikopter banyak menghasilkan pesawat hibrid kapal terbang dan helikopter yang lebih dikenali sebagai tilt rotor. Beberapa bulan yang lalu kami paparkan projek Bell V280 Valor, pesawat kipas berputar untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat. Ia diharapkan akan menggantikan pesawat Blackhawk dan Osprey yang sedia ada. 


Syarikat pengeluar helikopter  AgustaWestland tidak mahu ketinggalan dan mereka sedang menjalankan ujian terhadap pesawat kipas berputar mereka sendiri. Project Zero yang diumumkan Mac lalu tidak mempunyai rekaan kipas berputar yang biasa kita lihat. Biasanya kipas boleh putar diletakkan pada hujung sayap. Pada Project  Zero kipas berputar ini terbina di dalam sayap pesawat ini sendiri. Pihak AgustaWestland berharap pesawat yang mampu terkantung di udara ini bakal digunakan oleh orang awam. Mereka cuba memastikan Project Zero mampu terbang sehingga 7500 meter dengan kelajuan maksimum 500 kilometer sejam. Project Zero juga unik kerana akan menggunakan enjin berkuasa elektrik sepenuhnya. Selain itu 80% pesawat ini dibina menggunakan bahan komposit bagi mengurangkan berat. Cool. Pesawat ini masih belum boleh terbang tetapi jika ianya berjaya ia sememangnya akan menjadi antara pesawat paling cool di dunia. 





Laporan asal Wikipedia 
dan VTOL.Org

4 comments:

  1. Replies
    1. canggih...
      Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

      Delete
  2. REVIEW PERTAMA DI MALAYSIA!..

    Dengan hanya stu packet liquid armor, gadget anda akan selamat dari calar!..

    Satu paket boleh digunakan sehingga 4 handphone atau 2 tablet. Hanya LAP dan KERINGKAN. X kira apa saiz screen pasti boleh.

    Harga promosi RM35 sahaja! (Normal price RM60) Pemborong dialukan dengan harga istimewa!

    Call/SMS/Whatsapp: 019-5224663/019-4084152 atau PM untuk tempahan segera. (El Ameen Technology Enterprise - Pengedar Tunggal Liquid Armour product Malaysia)

    https://www.facebook.com/video/video.php?v=422250377882129

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails