Wednesday 20 August 2014

Serius Klasik - Motosikal Megola : Motosikal Dengan Enjin Di Dalam Hub Tayar (11 Gambar)


Oldskool

Bentuk asas motosikal tidak banyak berubah sejak dicipta pada tahun 1894. Tetapi pada tahun 1921 ada sebuah motosikal dengan rekaan yang unik. Motosikal Megola mendapat namanya dari gabungan nama 3 perekanya Meixner, Cockerell dam Landgraf. Motosikal Jerman ini mempunyai enjin 640 cc 5 silinder 2 lejang yang diletakkan di dalam hub tayar hadapan.Ia mampu menghasilkamn 14 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 84 kilometer sejam.  Rekaan ini tidak diteruskan selepas sungguhpun membuatkan motosikal lebih stabil untuk ditunggangi . Mengapa ianya tidak digunakan sekarang? Ini adalah kerana sukar untuk melakukan penyelenggaraan enjin apabila ianya di dalam rim tayar. Apabila berlaku kemalangan enjin juga mudah rosak jika dibandingkan dengan enjin yang diletakkan di dalam chasis motosikal seperti sekarang. Sebanyak 2000 Megola dihasilkan diantara 1921 - 1925 tetapi hanya 10 masih kekal sehingga sekarang dan menjadikannya antara motosikal paling rare di dunia.




Sumber Wiki

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails