Let It Go
Di dalam filem Frozen yang popular tetapi annoying dengan lagu Let It Go, ada sebuah negara yang terletak di tengah- tengah tasik. Tahukah anda inspirasi kepada negara fiksyen ini ialah Mont St Michael? Mont Saint Michael terletak di Normandy Perancis dan ianya adalah sebuah kota yang dibina di atas sebuah pulau 600 meter dari persisiran pantai. Kota ini sudah didiami sejak kurun ke 6 masehi. Pada kurun ke 8 sebuah biara kristian dibina dan sejak dari hari itu saiznya bertambah dan kini sebuah abbey besar mendominasi Mont St Michael. Lokasinya yang strategik menyukarkannya untuk ditawan musuh. Ketika perang 100 tahun dengan England, Mont St Michael berjaya dipertahankan dari serangan musuh kerana setiap kali air pasang musuh terpaksa berundur sekiranya tidak mahu lemas. Kota ini adalah salah sebuah mercu tanda warisan dunia dan dilawati 3 Juta pelancong setiap tahun. Nampak seperti sebuah bandar fantasi. Sangat cantik!
Sumber Wikipedia
kalau perempuan bogel depan korang buat ape? http://fzzj.readthisstory.net/my-8118376
ReplyDeletebukak baju,bagi kat dia..tutup badan dia..kesian dia bebogel..
DeleteDalam game Onimusha 3 ada main kat tempat ni.
ReplyDelete