Wednesday 30 July 2014

Serius Konsep - Konsep Keretapi Mewah Jepun (12 Gambar)


Bergaya

Warga Jepun mempunyai obsesi dengan keretapi yang unik. Kebanyakkan warga Jepun tidak mempunyai kereta dan keretapi ialah kenderaan yang selelu dinaiki untuk bergerak dari point A ke point B. Keretapi Shinkansen ialah keretapi yang paling kita kaitkan dengan Jepun. Keretapi berkelajuan tinggi ini membawa ribuan penumpang setiap hari dan jarang sekali lewat. Kini pihak Japan Railway East mahu menjadikan keretapi sebagai kenderaan mewah pula. Di bawah ialah konsep keretapi mewah yang dijadualkan beroperasi di Kyushu menjelang 2017. Pihak Japan Railway East membelanjakan Yen 50 Billion (RM 1.56 Billion)  bagi menghasilkan keretapi mewah di bawah dengan bantuan Ken Okuyama. Ken Okuyama pernah bekerja dengan Ferrari dan kepakaran beliau menghasilkan kereta mewah kini digunakan bagi menghasilkan keretapi mewah pula. Sepuluh gerabak keretapi di bawah akan hanya membawa 34 penumpang. Mereka akan membayar tiket berharga USD 1500 (RM 4767) untuk perjalanan selama 2 hari. Mereka akan mempunyai kabin persendirian yang mewah, restoran bergerak dan juga gerabak dengan skylight yang membolehkan mereka menikmati pemandangan tanpa halangan. Memang cantik.


Kalau nak tengok keretapi marhaen Norries di Kemboja yang diperbuat daripada buluh sila follow link ini pula. 

Laporan asal Spoon Tomago

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails