Tuesday 1 July 2014

Serius Cool - La Monumental : Stadium Laga Lembu Bakal Menjadi Masjid Terbesar Di Eropah (12 Gambar)


Perubahan

La Monumental ialah stadium laga lembu Matador yang ikonik di Bandaraya Barcelona. Ianya dibuka pada tahun 1914 dan mampu memuatkan lebih dari 19 000 penonton peminat sukan berdarah ini. Pada tahun 2010, Parlimen Catalunya mengharamkan sukan ini atas desakan pencinta haiwan. Oleh sebab itu ianya diubah menjadi venue untuk konsert dan pertunjukan teater.

Tahun ini La Monumental ingin dibeli oleh firma milik negara Qatar pada harga Euro 2.2 Billion (RM 9.65 Billion) dengan tujuan mengubahnya menjadi masjid terbesar di Eropah. Jika pembelian ini diterima oleh pihak berkuasa tempatan, masjid yang bakal dibina mampu memuatkan sehingga 55 000 jemaah sekaligus. Walaupun Barcelona mempunyai lebih kurang 500 000 penganut agama Islam, bandaraya ini tidak mempunyai sebuah masjid besar dengan kapasiti besar. Ini adalah kerana kos pembinaannya yang pastinya mahal memandangkan Barcelona ialah antara bandar paling mahal di dunia. Sekiranya pembelian Qatar ini diterima, La Monumental akan dikekalkan bentuknya dengan penambahan menara setinggi 300 meter

Pelan dan cadangan Qatar ini kini menerima tentangan pelbagai pihak yang takut dengan wujudnya masjid gergasi yang bakal menandingi Katedral Sagra La Familia Barcelona. Nampaknya ketakutan pihak tertentu dengan Islam di Sepanyol sama macam ketakutan pihak tertentu di Malaysia dengan pembinaan gereja gergasi di Bukit Jalil tempohari. Why can't we just get along?




Sumber Guardian

5 comments:

  1. Replies
    1. Oh Rozana

      Bisjut & royi itu
      tersentak dan membijihkan warna
      mengingati kenangan silam
      bersama jejaka bangla

      Oh Rozana

      Bisjut & royi itu kenangan
      lupailah masa lalumu
      Jejaka bangla menaklukimu
      terjeruk dalam ruang lena
      buangkan bisjut & royi yang sudah basi
      makanlah bisjut & royi sampai habis
      dapatkan bisjut & royi sebelum habis

      Nak bisjut?

      Delete
  2. besar gila!!

    minat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
    jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
    thanks ^_^

    ReplyDelete
  3. bila cakap pasal tetek besar semua cepat je nak tengok... kesian artis tempatan kita ni.... http://fzzj.readthisstory.net/my-7799636

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails