Monday, 14 January 2013

Serius Cool - Keretapi Berkuasa Stim Sempena Ulang Tahun Ke-150 London Underground (11 Gambar)


Nice!

Kalau ke London adalah wajib bagi pelancong untuk menaiki London Underground atau nama timangannya The Tube. Tube menjadi prototaip kepada majoriti sistem keretapi bawah tanah dunia. In fact rekaan peta bawah tanah The Tube ditiru kerana ianya mudah difahami dan ikonik. Tanggal 9 Januari yang lalu ialah ulang tahun ke-150 sistem keretapi bawah tanah ini. Bagi merayakan hari yang bersejarah ini, pihak London Underground menawarkan perkhidmatan khas hujung minggu lalu dimana penumpang diberikan peluang menaiki keretapi stim yang pernah digunakan pada zaman awal The Tube. Keretapi berkuasa stim ini bergerak melalui laluan stesen-stesen awal London Underground dan mendapat sambutan hangat penggila keretapi di United Kingdom. 

Kami miss gila naik The Tube hari-hari..Shame tak dapat ke London untuk menaiki keretapi khas ulang tahun ke 150 The Tube. Mohon RAPIDKL akan melakukan benda yang sama pada ulang tahun ke-50 StarLRT. #LMAO



Laporan asal DailyMail

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails