Monday, 1 April 2013

Serius Cool - Motomorphic JAFM : Motosikal Dengan Rekaan Yang Sasa (12 Gambar)


Vroom!

Motomorphic JAFM ialah motosikal untuk mereka mahukan kenderaan beroda dua yang sasa. Ia dilengkapi penyedut udara pada bahagian hadapan seakan sebuah muscle car dari Amerika Syarikat. JAFM diperkasakan dengan enjin 997 cc dengan 110 kuasa kuda. Satu lagi perkara yang unik tentang motosikal ini ialah casisnya diperbuat dari tiub besi yang juga merangkap sebagai tangki minyak. Beans! Jika berminat anda perlu membayar USD 100 000 untuk memiliki motosikal yang unik ini. Nice!



Serius LOL - Kedai Paling Merugikan Di Malaysia?


#SeemsLegit

Apa ada pada nama?


Serius - Pencemaran Air Yang Kronik Di China (20 Gambar)


Woah!

Tahukah anda 16 dari 20 bandar paling tercemar di dunia sekarang terletak di China. Bandar Linfen di China sebagai contoh mempunyai kualiti udara yang sangat teruk dimana menghirup udaranya adalah bersamaan menghisap 20 batang rokok sehari. Fuuu. Pencemaran yang teruk di China berlaku kerana pergantungan China kepada arang batu untuk menghasilkan tenaga elektrik dan pemantauan yang tidak serius oleh kerajaan. Apa yang berlaku di China sekarang adalah sama seperti yang berlaku di England ketika permulaan Revolusi Industri awal kurun ke-19. Pernah suatu ketika jika anda berjalan di Kota London, anda hanya mempunyai had pemandangan sejauh 16 kaki kerana jerebu. Air sungai Thames pula memejal dan berbau busuk kerana dipenuhi sisa najis manusia. 

Sungguhpun jarak masa diantara revolusi industri dan kebangkitan China sebagai "kilang dunia" adalah 200 tahun, adalah sangat mengejutkan masalah pencemaran yang sama masih berlaku. Ini menunjukkan manusia akan terus melakukan kesilapan dan merosakkan alam sekitar sungguhpun mereka mengaku mereka "lebih maju" dan "bertamadun" dari leluhur mereka. Sad!

Thanks @mx510 for the tip



Serius Cool - Ruang Waktu : Video Cool Hari Ini


Dubstep!

Like...

Thanks Khalisah Zakaria



Serius Kreatif - Poster Filem Buatan Sendiri Dari Ghana (17 Gambar)


Cool!

Semasa kami membesar di Taman Tun suatu ketika dahulu, ada sebuah panggung Cathay bersebelahan Jaya Jusco TTDI. Panggung 2 skrin ini ialah tempat dimana kami menontonfilem E.T dan Return of The Jedi. Yes people we are THAT old. Anyway kami suka wayang masa 80's pasal poster lukisan tangan yang diletakkan dihadapan wayang. Zaman dulu adalah mahal untuk menghasilkan poster large format maka poster yang dilukis sendiri adalah jauh lebih murah. Kali terakhir kami nampak poster hand drawn sebegini adalah di panggung Odeon di tepi Sungai Seget Johor Bahru. Sekarang ianya sudah pupus dan to be honest we miss it.

Di Ghana seni poster filem lukisan tangan masih wujud. Poster di bawah dihasilkan bagi mengiklankan wayang bergerak di negara Afrika ini. Pengusaha wayang bergerak akan melawat kawasan pedalaman dan menayangkan filem terbaru hollywood menggunakan TV dan pita video. Oleh kerana budget yang terhad mereka tak mampu untuk mencetak poster berkualiti tinggi. Poster homemade adalah jauh lebih murah. Hasilnya ialah poster filem luar yang sangat senggama minda. Anda boleh membeli poster di bawah di Ghana Movie Posters kalau berminat. Kami nak order a few kerana kami rasa poster sebegini lebih cool!


Serius Klasik - Motosikal Berunut Seperti Kereta Kebal (7 Gambar)


Bawse!

Sebelum ini ada kami paparkan Shredder, kenderaan ATV yang bolehlah dikatakan SEGWAY versi sukan lasak. Idea meletakkan runut seakan-akan kereta kebal pada kenderaan kecil bukanlah idea baru. Pada tahun 1938, J. Lehaitre seorang jurureka dari Perancis menghasilkan motosikal trektar di bawah. Kenderaan ini direka bagi menggantikan motosikal yang digunakan pihak tentera. Ianya seberat 400 kilogram dan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 40 kilometer sejam. Semasa menjalani ujian dengan tentera Perancis, mereka mendapati motor berunut Lehaitre berfungsi dengan lebih teruk dari motosikal biasa yang sedia ada. FAIL! Sungguhpun begitu kami sukakan konsep ini kerana ia mengingatkan kami kepada kartun Spiral Zone.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails