Monday, 13 October 2014

Serius - Peminat Man United Mula Menyokong Liverpool Selepas Koma 17 Bulan


Seorang peminat Manchester United yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan menyokong Liverpool  selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Robbie Fowler dan ditunjukkan keindahan Fields of Anfield Road.

Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014 berkata Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta menyokong Manchester United di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli penyokong Ultras yang sangat dihormati di antara semua peminat sepak bola daerah berkenaan.



Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua stadium ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung stadium.Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan.

“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya lihat. Sepatutnya tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.

Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang Liverpool, saya juga tidak pernah menyanyi You'll Never Walk Alone. Apa yang saya ingat, saya bertemu Robbie "God" Fowler. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat kemunculan gerbang Shakly yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya dan Fowler memberitahu saya namanya dan ia adalah Robbie” kata bekas penyokong Red Devil tersebut kepada wartawan Kalimantan Press.
.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar kelab mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk menyokong Liverpool. 

“Jika Liverpool merupakan kelab bolasepak yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.

Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah kelab penyokong baru dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Kelab Penyokong Manchester United lama, yang sekarang telah dijual.

18 comments:

  1. gila ke penulis blog ni????

    ReplyDelete
  2. penulis nie babi

    ReplyDelete
  3. lawak sungguh......ramai sungguh percaya cerita ni...sila lah check dulu ini tak baru baca trus percaya yg paderi tu convert jadi Islam.... malulah klau kita sendiri pergi percaya tanpa usul periksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. convert tak convert itu cerita lain.. memperlekehkan tuh yang tak sepatutnya..

      Delete
    2. memperlekehkan orang seperti kamu la.. percaya tanpa usul periksa.. baca satu artikel terus terbeliak mata dan cepat2 share.. pastu bajet cool tahu semua benda..

      Delete
  4. Jaga jaga obe..nanti utusan publish artikel ni. LOL

    ReplyDelete
  5. ni pemalas ke ape. mcm men copy paste info/shit dari internet je. aku xpasal ter shit sekali. kemon admin selidik ah dulu.

    ReplyDelete
  6. saya telah lama mengikuti blog ini.. dan baru hari ni tergerak hati untuk komen.. saya perasan penulis ini selalu memperlekehkan sesuatu perkara yg berlaku dalam negara dan mengagung-agungkan perkara yg berlaku di negara luar terutamanya politik dan kebendaan.. semoga saudara diberi kesempatan untuk merasai apa nikmat sebenar tinggal di Malaysia.. saya sendiri pernah tinggal di negara timur tengah dan eropah dalam jangka masa yang agak lama.. saya sangat bersyukur diberi peluang untuk kembali ke tanah air.. pengalaman tinggal disana betul-betul mengajar saya menghargai apa yang ada di sini.. hargailah nikmat yang ada saudara.. sebelum semuanya ditarik balik.. pesanan ini juga utk saya dan semua pembaca.. salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesanan ini dibawakan oleh sinar. kami prihatin, anda bagaimana?

      Delete
  7. Puihhh..duduk d negara arab mmg arr rasa syukur dok mleysia..cuba hg dok kt uk..europe..us tgk..buat pbezaan mcm macai amnus

    ReplyDelete
  8. masalahnya cerita pasal paderi tukar agama tu pun tak betul. semua berita dari http://worldnewsdailyreport.com/ tu troll dan penipu semata2, tapi ada jaga agensi berita mainstream kat malaysia ni percaya, iaitu utusan - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141012/dn_36/Laporan-paderi-terjaga-daripada-koma-peluk-Islam-tidak-benar

    ReplyDelete
  9. masalahnya kenapa aku klik link tuh dia pegi buasirotak.bogspot.com .. tuh pun tak betul jugak ke.. ehehehe

    ReplyDelete
  10. bodoh punya prince of noob

    ReplyDelete
  11. bodoh punya anon, obe troll utusan siar cerita palsu. lepasni adala yg sebar cerita troll obe pulak pastu percaya. ahahahahahaha

    ReplyDelete
  12. kpd penulis "Puihhh..duduk d negara arab mmg arr rasa syukur dok mleysia..cuba hg dok kt uk..europe..us tgk..buat pbezaan mcm macai amnus"

    sila baca betul2 kenyataan saya.. ''saya sendiri pernah tinggal di negara timur tengah dan eropah dalam jangka masa yang agak lama''

    mungkin anda tidak perasan di stu.. Alhamdulillah.. semoga Allah merahmati anda..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails