Wednesday 29 October 2014

Serius Cool - MSI AG270 2QC : Komputer All In One Untuk Gamer Tegar (9 Gambar)


Sizzling

Dunia permainan komputer terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu penggemar permainan aplikasi  mobil, pemain konsol dan bangsa terpilih PC. Kami boleh katakan kami tergolong di dalam kumpulan kedua kerana untuk menjadi bangsa terpilih PC kami memerlukan dana yang banyak untuk membeli PC yang terbaik. Spesifikasi minima melampau untuk Assassin’s Creed Unity membuatkan kami menyerah kalah untuk menjadi seorang pemain PC tegar. Komputer AIO yang semakin banyak di pasaran sekarang selalunya bukanlah platform terbaik untuk bermain permainan PC. Spesifikasi kasi komputer semua dalam satu ini tidak tinggi dan mensasarkan golongan yang mementingkan kemudahan dari pengguna PC biasa. 

Tetapi pihak MSI merasakan sudah ada pasaran untuk AIO berprestasi tinggi untuk golongan gamer. AIO AG270 2QC keluaran mereka dilengkapi pemproses Intel Core i7 dan kad grafik Nvidia GeForce 970M (6 GB) . Turut melengkapi spesifikasi AIO berkuasa tinggi in ialah RAM sebesar 12 Gigabyte, muatan dalaman SSD 128 GB, muatan dalaman HDD 1 Terabyte dan skrin LED 27″ HD Penuh. Program Xsplit Gamecaster turut disertakan yang membolehkan pengguna melakukan penstriman permainan secara terus ke internet serta merakam permainan dan kamera web sekaligus. Harga jualan bermula dari 2500 Dollar (RM 8180) sebuah. Harga yang sangat mahal tetapi jika anda mahukan meja yang kemas tanpa wayar berselirat, AIO berkuasa tinggi ini pastinya ada di alam senarai perlu anda miliki.




Sumber MSI

13 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails