Monday 23 December 2013

Serius Cool - Big Bertha : Pengorok Terowong Terbesar Dunia (14 Gambar)


Korek!

Mesin pengorek terowong sudah wujud sejak 1845. Ianya digunakan bagi mengorek terowong keretapi Frejus di Itali. Sejak dari hari itu mesin pengorek terowong ataupun TBM digunakan dalam pelbagai projek mega seperti pengglian Channel Tunnel di bawah Selat Inggeris dan terowong SMART di bawah Kuala Lumpur. TBM terbesar dunia kini digunakan bagi membina terowong bawah tanah di Seattle USA. Sebuah terowong dibina bagi menggantikan lebuhraya bertingkat yang sudah berusia lebih 50 tahun. Terowong bawah tanah sepanjang 3.2 kilometer yang sedang dikorek sekarang dijangka sipa pada tahun 2015 dengan kos pembinaan USD 4.25 Billion  (RM 13.95 Billion)

Bagi menggali terowong ini TBM terbesar di dunia diperlukan. TBM sepanjang 99.3 meter, 17.5 meter lebar dan seberat 7000 tan ini diberi nama jolokan Big Bertha, sempena nama salah seorang Datuk Bandar Seattle. Big Bertha dibina oleh syarikat Jepun Hitachi  Zosen dan ia diperkasakan oleh enjin 25 000 kuasa kuda dan mampu mengorek terowong sepanjang 10 meter sehari. 

Bagi yang tertanya-tanya lebar pengorek SMART tunnel ialah 13.26 meter berbanding 17.5 meter yang digunakan Big Bertha. Apabila siap kelak, lebuhraya bawah tanah yang dikorek Bertha mampu memuatkan 4 lorong kenderaan di atas 2 lantai bertingkat. 




Laporan asal Gizmag

6 comments:

  1. obe.. napa ko ny blog da x ramai komen 1st ha? musykil neh.. ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia...macam tulah...makin lama makin pandai. Tak cepat, lambat. Tapi tetap pandai. Cuma tetap maintain 10-20% yg tak dapat diselamatkan lagi. Tengok la entry baru nanti.

      Delete
  2. bapak besar. keajaiban kejuruteraan. salute.

    ReplyDelete
  3. Blog ni dah x ramai yg komen sbb dah block "Anonymous" yang komen berbaur lucah dan mengutuk OBE...

    OBE serius PENGOROK...
    Dulu RICERS...

    Hahaha...BM SPM fail ke bro?!
    Paper Julai skip ke bro OBE?!

    ReplyDelete
  4. power la japanese technology. dorang dah jauh berpuluh tahun kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails