Wednesday 13 November 2013

Serius Iklan - Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat #MY3L Hujung Minggu Ini


Marilah belajar


lmu adalah salah satu perkara yang tidak kunjung putus. Ada sahaja ilmu baru yang tersedia untuk dipelajari setiap hari. Menyedari hakikat tersebut, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mula diadakan pada tahun 2012 dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi, kini memasuki tahun kedua dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diadakan pada hujung minggu ini, 16-17 November 2013 di Shah Alam Convention Centre.




Buat mereka yang tidak mengetahui akan program Pembelajaran Sepanjang Hayat, terdapat banyak subjek ditawarkan di kolej-kolej komuniti berhampiran. Menariknya kos untuk mempelajari sesuatu perkara di kolej-kolej komuniti ini adalah rendah. Malahan, untuk belajar sesuatu perkara seperti Adobe Photoshop hanya perlu membayar serendah RM5.

Acara ini selain dari mempromosi kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat, ia turut menampilkan lebih ramai artis dan selebriti terkenal tanah air. Pelbagai kaunter informasi serta aktiviti interaktif diadakan pada cara yang berlangsung selama dua hari.

Antara personaliti yang akan tampil dan mengadakan kelas adalah:

Chef Zubir Masterchef - Demo Masakan
Dato' Fazley - Demo Masakan dan Persembahan Nyanyian
Dato' Maznah - Aktiviti Bersama Ikon
Shahri Fuyoo Magic - Persembahan Silap Mata
Fizo Omar - Program Kursus Pendek
Datin Norjuma - Program Penggayaan Tudung
Saiful Nang - Bicara Foto bersama Saiful Nang

Temui mereka serta hadirkan diri anda ke acara ini pada

Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
Tarikh : 16 – 17 November 2012
Masa : Sabtu: 9 pagi ke 10 malam. Ahad: 9 pagi ke 6 petang

Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda boleh mengikuti kemaskini mereka di Facebook rasmi Learning Never Stops, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.




Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

3 comments:

  1. Perghh...sekali announcement KPT daa...
    ni kalau komen off topic merepek-repek
    Nampak tak cerdik ooo...

    ReplyDelete
  2. Hey guys! Time To U.O.X 2013 will be the best party of the year! I've just registered at http://www.xpax.com.my/uox2013 to choose my party. What's yours?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails