Wednesday 21 September 2011

Serius Cool - Pulau Maison Louis Vuitton Marina Bay Singapura : Maison Pertama Di Asia Tenggara (15 Gambar)


Maison = House

Selamat datang ke Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Sinagpura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah. Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga. Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.

Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza. Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.. ha ha!







Laporan asal Wallpaper

21 comments:

  1. xminat LV tp this is awesome !

    ReplyDelete
  2. rosmah moonsor like this.

    ReplyDelete
  3. ape lagi kak mah...!! sila sila lah gelapkan duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. hanya mamapu guna LV pasar malam .. wakaka

    ReplyDelete
  5. masuk-masuk mesti kompius. eh eh ni butik ke kedai ke hotel ke rumah orang? ;P

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

    ReplyDelete
  6. alangkah bagus kalau jaya jusco macam nie...

    ReplyDelete
  7. countdown for our kak mah untuk stat keluarkan hasil 'menabung' starts from....now!

    mari la beli tabung dan contohi la kak mah kta

    ReplyDelete
  8. santek.. dua taun lepas pegi takde pon. cisss.. kena pegi len la ini mcm.. mo nanges tgk rege

    ReplyDelete
  9. i know this is awesome but aku pelik dengan commentors ni,
    who's promoted her links. obviously you have no arts on writing skills. stop shows your link here,

    tak best pun aku tengok blog neh? heh? http://saatakukaupilih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. did you mean...Lady Galadriel was in Singkapo? FUUUUU

    ReplyDelete
  11. ct nurhaliza kompom pergi dgn atok kesayangan dia ni....haha

    ReplyDelete
  12. Teringat lagu Maher Zain - Awaken.. hmmmm

    ReplyDelete
  13. adakah konsep die sama mcm kat paris, hanya bole beli 3 barang. dan org cina tak dibenarkan masuk?

    ReplyDelete
  14. OMG OMG! fainted!!
    xmampu,but this is so0o0o coollll!!

    ReplyDelete
  15. Jawapan untuk Joey...kat sini nak beli satu kapai pun boleh...janji kak mah ada kat tepi..

    ReplyDelete
  16. bangunan besaq nak mampus, tp byk ruang x guna, letak benda2 mcm sofa & bukannya letak byk2 lg brg2 LV..
    eksklusif, tp membazir.. uuu~~~

    ReplyDelete
  17. nak beli satu, boleh. itu pun utk pertama dan terakhir kali lah.. *sekadar nak cukupkan syarat* berlagak ade LV. but for what? GUESS/GUCCI dah cukup... lainlah kalau i kaya raya. huhuhuhuh :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails