Sunday 18 January 2015

Serius Genious - Venus : Alat Merubah Baldi Menjadi Mesin Basuh Segera


Nice!

Mesin basuh ialah kemewahan bagi kebanyakan penduduk dunia ketiga seperti India dan Afrika. Harganya yang mahal membuatkan individu berpendapatan rendah hanya mampu bermimpi untuk memilikinya. Jadi baju dibasuh secara manual di dalam baldi plastik yang selalunya kita gunakan di asrama. Venus ialah alat yang dicipta di India yang mampu mengubah mana-mana baldi plastik menjadi sebuah mesin basuh mini. Ianya dicipta khas untuk individu berpendapatan rendah ataupun mereka yang mahukan mesin basuh mini untuk membasuh kepala mop misalnya. Baldi bersaiz 22 liter sebagai contoh berubah menjadi sebuah mesin basuh berkapasiti 2.7 Kilogram. Pencipta mesin basuh segera ini akan menjual setiap unit Venus pada harga hanya $25. Ini dalah jauh lebih murah dari mesin basuh biasa. Anda boleh menyokong projek ini di Indiegogo sekarang sekiranya berminat. Secara peribadi sekiranya kami seorang pelajar asrama penuh Venus ialah sesuatu yang kami inginkan. Kami masih teringat zaman  terpaksa membanting tulang setiap hujung minggu di asrama membasuh baju sendiri dan baju pelajar tingkatan 5 yang membuli tidak berhati perut.



4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails