Wednesday 20 August 2014

Serius Sadis - Kekejaman Polis Amerika Yang Menyebabkan Kemarahan Di Ferguson


No Justice No Peace

Ferguson Missouri kini bergolak selepas Michael Brown, seorang remaja berkulit hitam ditembak enam kali sehingga mati walaupun dikatakan sudah menyerah diri. Kematian beliau membangkitkan kemarahan orang ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan keganasan dan penyalahgunaan kuasa polis Amerika Syarikat terhadap rakyatnya. Mereka juga merasakan polis berlaku ganas terhadap mereka yang berkulit hitam. Kekerasan melampau ketika penangkapan dilakukan juga harus dihentikan selepas kematian Eric Garner yang dicekik sehingga mati ketika digari. Eric dirakan di dalam video menjerit "saya tidak boleh bernafas" tetapi tidak diendahkan pegawai polis yang mencekiknya. Beliau meninggal dunia tanpa diberi sebarang bantuan kecemasan selepas berhenti bernafas. Protes di Ferguson kini merebak ke seluruh pelusuk Amerika Syarikat kerana ramai mahukan keadilan dan polis yang bertindak ganas harus dihukum. Di bawah ialah koleksi aksi polis yang dirasakan melampau dan tidak mematuhi prosedur. Syukurlah di Malaysia masih aman dan kes sebegini tidak berlaku. Cough.


3 comments:

  1. Inilah contoh demokrasi yang perlu dicontohi semua negara di dunia.. Amerika semuanya betul.. Jadi kita ikut saja...

    ReplyDelete
  2. Yea syukur, Polis Malaysia baik-baik belaka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails