Back to The Future Menurut Back To The Future sepatutnya sekaran kita sudah mempunyai kereta terbang. Malang sekali realiti tidak seindah fiksyen Robert Zameckis dan kereta masih berpijak di tanah milik Allah ini. Bagi Alejandro Burdisio ini tidak menghalang beliau dari menghasilkan lukisan fantasi dunia kereta terbang beliau sendiri. Pelukis dari Argentina ini membayangkan stesen minyak serta keretapi yang turut terapung di udara. Sangat cool beans.
Hipster Fesyen rambut yang hangat di kalangan hipster lelaki ialah tocang ataupun Man Bun. Gaya rambut ini tidak sesuai untuk situasi formal. Jadi adalah kelakar apabila kami menemui gambar pemimpim dunia yang menggayakan rambut Man Bun ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Designcrowd.
Quran vs Injil Islamophobia ialah perkara yang serius sekarang selepas insiden menembak di Paris dan Baltimore. Ramai warga barat mula percaya kekejaman "orang Islam" adalah kerana kitab Al Quran yang menggalakkan kekejaman terhadap kafir. Eksperimen menarik ini menggunakan ayat-ayat yang boleh dianggap "kejam" dari kitab Injil tetapi dikatakan adalah dari Al Quran. Like reaksi terkejut mereka apabila menyedari ayat-ayat yang dikatakan "tidak sesuai untuk manusia moden" ini sebenarnya datang Injil. Sebuah eksperimen prejudis yang pastinya membuka mata manusia.
Smackdown vs RAW Kami dah lama tak menonton WWE kerana sudah tidak kenal siapakah atlet gusti yang dipaparkan di TV. Tetapi kepada mereka yang meminati atlet klasik era Attitude WWE, kini ada beberapa figura comel dari Funko Pop. Ada The Rock, Sesejuk Batu Steve Austin, Tok Adi Tanah Kubur dan Ultimate Warrior. Awesome.
Nekobag Haiwan peliharaan sekarang tidak hanya duduk di rumah. Pemilik mereka kini suka membawa mereka keluar untuk bersosial, menghirup udara segar, mengawan dan menunjuk-nunjuk kepada insan yang sebenarnya tak peduli. Carrier haiwan yang sedia ada tidak memudahkan proses membawa kucing berjalan. Oleh sebab itu beg-beg rekaan U-Pet ini direka bagi memudahkan haiwan disandang ketika di luar. Setiap bag mempunyai tingkap bulat yang membolehkan kucing melihat keluar dengan mudah. Beg juga mempunyai lapisan kain lembut bagi memastikan keselesaan haiwan dan ruang udara bagi memastikan mereka tidak kelemasana. Harga jualan sebuah beg bermula dari USD 69 (RM 299)sebuah dan terdapat beberapa rekaan seperti beg galas, beg sorong serta beg kargo macam nak balik kampung masa Hari Raya naik motor.
Dragon Ball ialah komik popular yang dilukis oleh Akira Toriyama. Rekaan watak komik dan anime ini sangat dikenali di seluruh dunia dan menjadi sebab kenapa kami kini membaca manga walalupun sudah tidak lagi teruna dan mempunyai seorang anak. Apakah terjadi sekiranya Akira Toriyama turut bertanggung jawab mereka watak komik barat? Berikut adalah lakaran watak komik popular seperti Batman dan Wolverine sekiranya ianya dihasilkan oleh pelukis komik lagenda ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Pierre Marie Lenoire, seorang pelukis yang berasal dari Perancis. Not bad.