Sunday, 13 December 2015

Serius Cool - Fiat 500 Abarth Edisi Stormtrooper Star Wars (10 Gambar)


The Force Awakens

Disember tiba dan ini bermakna tayangan filem Star Wars The Force Awakens akan hadir dalam jangkamasa terdekat. Kerana filem ini adalah filem paling dinantikan sepanjang 2015, pelbagai produk Star Wars mula membanjiri pasaran. Ini ialah sebuah Fiat 500 Abarth yang diberikan sentuhan seakan topi Stromtrooper Star Wars. Rupa kereta ini memang sudah hampir menyerupai topi yang dipakai askar klon Galactic Empire. Nampak menarik.



Sunday, 6 December 2015

Serius WTF - Kayu Penahan Dagu Dari Jepun - Sebuah Lagi Rekaan Aneh Untuk Manusia Malas (10 Gambar)


Why?

Sebelum ini ada kami paparkan koleksi Chindogu, alatan yang direka untuk menyelesaikan masalah harian tetapi hanya layak dijual di SmartShop. Damn I do miss SmartShop and their sweating chicks adverts. So anyways, ini ialah sebuah lagi Chindogu dari Jepun yang direka khas untuk mereka yang pemalasa. Chin Rest Arm ialah tetongkat yang boleh menahan dagu anda ketika bekerja di depan meja. Anda tidak perlu lagi menopang dagu secara manual. Sambungkan Chin Rest Arm pada meja dan dagu anda akan ditopang tangan palsu yang diperbuat daripada silikon lembut ini. Ia juga boleh berubah mejadi bantal lengan sekiranya perlu. Harga jualan idea genius ini ialah Yen 4980 (RM 169) sebatang. Kalau cepat bosan di tempat kerja inilah alat yang diperlukan anda pada kadar segera!



Serius Fakta - Sejarah E-Dagang : Apakah Barang Pertama Yang Dijual Di Atas Talian?


Edukesyenel

Apakah barang pertama yang dijual secara atas talian? Video penuh maklumat ini menceritakan sejarah e-dagang yang kini digunakan oleh lebih 1 Billion pengguna internet seluruh dunia. Bagaimana pula dengan anda? Apakah barang pertama yang anda beli di atas talian? Benda pertama yang kami beli adalah sebuah DVD filem The Mummy dari BlackStar.co.uk. Harga jualan sekitar 9 pounds dan adalah lebih murah dari 15 pounds sekiranya dibeli dari kedai fizikal.


Serius Kreatif - 14 Edisi Comel Kenderaan Filem Mad Max : Fury Road


All Chibi and Chrome!

Mad Max Fury Road mungkin filem paling kami gemari sepanjang 2015. Ianya brutal tetapi masih lagi memaparkan sinematografi yang cantik. Jadi agak menarik melihat ilustrasi kenderaan dari filem ini dilakar semula oleh Scott Park untuk kelihatan comel. Kereta Immortan Joe dan Doof Wagon yang seoatutnya menakutkan musuh kini nampak sangat harmless. 



Serius VS - 2 Kinds Of People - Dua Jenis Manusia Di Dalam Dunia (18 Gambar)


Manusia Jenis Apakah Anda?

Terdapat dua cara melakukan sesuatu benda dalam kehidupan seharian. Ada yang suka makan fries dengan cili dan ada juga yang memakannya dengan mayonaise. Jadi mari lihat 18 lagi perkara dari 2KindsOfPeople yang melihat bagaimana perkara biasa setipa hari dengan dua cara berbeza . Kami harus akui dalam melakukan penamaan fail di komputer kami di dalam kolongan bagi nama secara random seperto dsdad.jpg kerana terlalu malas. Lepas dah save delete maka tak ada keperluan bagi nama fail yang cantik moleks macam Neelofa. True Story.



Serius Cool - Figura Aksi Batman Dawn Of Justice


Batfleck!

Trailer terkini filem manusia sasa melawan manusia haiwan nokturnal Superman vs Batman Dawn of Justice baru sahaja muncul minggu ini. It was bad ass. Jadi sekiranya anda mahu melompat masuk ke dalam hype train filem adiwira ini anda boleh membeli figura aksi Batman edisi Ben Afflect ini. Ia setinggi 6 inci dan kelihatan seperti the real thing. Setiap figura disertakan dengan satu Baterang, satu senapang batman dan satu grapple gun. Harga jualan bermula dari USD 54.99 (RM 230) dan ianya agak mampu milik.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails