Gangnam. Banyak bintang KPOP mempunyai wajah yang cantik dan hensem. Masalahnya hampir kesemua bintang KPOP menjalani prosedur pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik dari yang diberikan oleh tuhan. Situasi di Korea Selatan terlalu kronik sehingga wajah penduduk negara Kimchi ini hampir kelihatan sama. Tempat untuk melihat wajah warga Korea yang asli kini hanyalah di Korea Utara Darul Kim Jong Un. Di negara komunis tegar ini wajah masih belum dicemari pembedahan plastik dan solekan muka yang melampau. Very cute too.
Klise filem barat
ialah akan ada watak mabuk yang minum sampai muntah di mangkuk tandas.
Kalau beliau seorang wanita akan ada BFF tolong angkat rambut dari kena
muntah. So bloody cliche. Di Prague,Republik Czech sebuah kelab malam membina mangkuk tandas berdiri yang digunakan khas untuk kegunaan orang mabuk. Mangkuk muntah ini hanya wujud di dalam tandas lelaki. Mungkin kerana di negara ini jumlah kaki mabuk adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki. Sampai begitu sekali.
No baby this is not an illusion Kami pernah paparkan lukisan tubuh yang dihasilkan oleh Hikaru Cho sebelum ini. Beliau kembali lagi dengan beberapa luksian ilusi optik yang menyenggama minda. Sangat cool beans dan berbakat artis yang berasal dari Jepun ini.
Ada orang berkata suicide is painless. Ada juga berkata suicide ini penyelesaian yang mudah. Apa yang jarang kita dengar ialah apakah terjadi kepada ahli keluarga individu yang membunuh diri. Kesan jangka panjang secara fizikal dan mental ke atas ahli keluarga sebenarnya sangat besar. Ini ialah dokumentari Life After Suicide. Ia menunjukkan kehidupan ahli keluarga mereka yang ditinggalkan si pembunuh diri. Janganlah cuba membunuh diri kerana sebenarnya you only end up hurting those you left behind. Sila dapatkan bantuan kalau anda mengalami masalah kemurungan. Kami serius
I wanna ride my bicycle. Hey remember in the early 2K when you see annoying bastard main Razor Scooters sambil melakukan aksi "extreme". Those were the dark days of human civilisation. Kini those bastardly kids sudah besar dan mungkin mendambakan skuter yang pernah mainkan semasa masih kecil. Kini ada Kickbike, kenderaan hibrid yang menggabungkan skuter dan basikal. Ia bersaiz seperti basikal tetapi anda perlu menolak dengan kaki bagai sebuah skuter bagi menggerakkannya. Actually yang tayar gemuk depan belakang Kickbike boleh tahan nice juga rekaannya. Harga jualan bermula dari USD 399 (RM 1691) sebuah.
I hate you I'm not gonna crack. Kad ucapan selalunya diberikan kepada mereka yang kita memberi seketul senggama. Tetapi kadang kala kena pakai topeng dan pretend macam anda suka beri kad. For example kalau kena paksa bagi kad pada boss di office. You know what I am saying? Ini ialah koleksi kad kurang ajar tetapi cute yang sepatutnya wujud dan dihantar kepada insan yang anda benci. Ia dihasilkan oleh Huỳnh Kim Lien seorang artis yang berasal dari Vietnam.