skip to main |
skip to sidebar
LOL
Sukan golf ada Tiger Woods. Sukan bola ada Messi. Kini masa kita mencari bintang sukan FootGolf. Ianya kombinasi golf dan bolasepak yang nyata lebih marhaen. Sukan ini dicipta pada tahun 2006 dan kini sudah mempunyai badan antarabangsanya iaitu Federation for International FootGolf. Dalam sukan ini anda hanya memerlukan kaki dan sebiji bola. Anda harus menendang masuk bola ke dalam lubang "golf" sebesar 21 inci. Adakah anda tertarik? Masa untuk menjadikan sukan ini popular di Malaysia.
Supermokh
Hari ini satu Malaysia bangga dengan Google Doodle khas untuk pemain bolasepak negara Mokhtar Dahari. Jika beliau masih hidup beliau akan menyambut hari jadinya yang ke 61 dan mungkin juga menjadi jurulatih pasukan bolasepak negara. Google Doodle yang dihasilkan sangat cantik rekaanya. Tetapi kami menyedari seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan lakaran Google di bawah. Anda nampak?
Masalah kami ialah pada jersi yang dipakai arwah Supermokh. I am old enough to remember seeing him play for Malaysia on TV. I also have very fresh memory of the design of the jersey during his playing days. Kami yakin sangat rekaan jersi Harimau Malaya pada waktu beliau masih aktif tidak kelihatan seperti di atas. Melalui carian Google kami menemui beberapa foto beliau menyarungkan jersi negara. Telahan kami tepat kerana rekaan jersi pada zaman Supermokh tidak berbelang
Jadi mengapa Google, sebuah syarikat ternama dunia boleh melakukan kesilapan fakta sebegini? Adakah artis yang diberi tanggungjawab melakar doodle untuk Supermokh tidak melakukan carian Google Images dengan lebih teliti?
Jawapannya sebenarnya lebih mudah. Setelah melakukan beberapa lagi carian Google kami menemui gambar di bawah. Ia diambil ketika perlawanan AFF Suzuki Cup 2012 ketika Malaysia menentang Singapura.Banner gergasi ini dari beberapa laporan yang kami baca dihasilkan oleh pihak Ultras Malaya. Lukisan Supermokh dipakaikan jersi yang mirip rekaan jersi terbaru Malaysia pada waktu itu. Artis di Google mungkin menemui imej di atas dan menjadikannya asas kepada lakaran Google Doodle yang dihasilkan. The rest as the say it is history.
Whaaaaaaaaaaaaaat?
Dari normal ke WTF ke David Lynch ke Jamil Sulong ke Razak Mohaideen ke Steven Spielberg. Random gila video ni....... my brain hurts.
Cool
Telefon Pintar di tangan anda sekarang adalah a culmimation of decades worth of improvement using minitirisation. Telefon pintar anda juga adalah jauh lebih berkuasa dari kebanyakan komputer lama yang anda lihat di bawah. Jam pintar yang dipakai pada pergelangan sekarang sebagai contoh mempunyai kuasa pemporses, storan dan RAM yang lebih besar dari komputer pertama kami di pertengahan 90an. Life is good. All hail the great capacitors.
Dive!
Kita sudah melihat hotel dalam kolong konkrit di Taman Negara beberapa bulan yang lalu. Begitu juga dengan hotel di dalam bekas penjara di Boston. Hari ini mari lihat hotel di atas bekas pelantar minyak di perairan Sabah. Seaventures Dive Resort ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai. Ia terletak di perairan kepulauan Sipadan dan juga merangkap sebagai platform untuk peminat SCUBA. Ianya bukan hotel mewah kerana it is a refurbished rig. Tetapi ianya 100% unique kerana berapa ramai boleh kata mereka pernah tidur di ata hotel platform menggerudi minyak. Nice!
Art
Mondo.... pengeluar poster alternatif untul filem-filem terkemuka. Kami pernah paparkan beberapa poster mereka sebelum ini. Kali ini mari lihat poster rekaan khas limited edition filem-filem Disney mereka. Very very cool.