Monday, 18 November 2013

Serius WTF - Majlis Pengebumian Ceria, Gempita Dan Seksi Di Taiwan


Mati happy

What the what? Majlis pengkebumian biasanya sangat sedih dan suram. Di Taiwan nampaknya ada cara baru untuk mengkebumikan si mati dengan penuh ceria, gegak gempita dan seksi. Sebuah pancaragam berskirt pendek akan bermain muzik sekiling keranda si mati. Tak lama lagi tibalah di Malaysia. 




Serius Konsep - ESTOLAS : Hibrid Kapal Terbang, Helikopter Dan Hovercraft (7 Gambar)


Kombinasi

ESTOLAS ialah singakatan untuk Extremely Short Take Off and Land on Any Surface. Ianya sebuah pesawat experimental yang sedang dibina oleh sebuah firma di Russia. Pesawat ini menggabungkan elemen kapal terbang, helikopter dan hovercraft. Tujuan ESTOLAS dibina ialah bagi mencipta pesawat yang boleh terbang dan mendarat dimana-mana jua di dunia dan oleh itu sesuai digunakan untuk operasi menyelamat. Bahagian tengah pesawat dilengkapi kipas gergasi yang memberikan tujahan keatas untuk terbang secara menegak dan menghasilkan kusyen udara seperti hovercraft ketika di atas permukaan bumi. Ini mungkin antara pesawat paling aneh yang pernah kami lihat. Lebih aneh dari pesawat Kamov KA 22 Vintokryl dan Agusta Westlend Project Zero . 



Friday, 15 November 2013

Serius Cool - Keluarga Kulit Hitam Berubah Menjadi Mat Salleh Untuk Dokumentari


Wow

Ini ialah solekan yang mengubah sebuah keluarga berkulit hitam menjadi keluarga mat salleh. Solekan dilakukan untuk dokumentari Dans la peau d'un Noir (Black Like Me) yang dihasilkan pada tahun 2007. Ia menunjukkan perbezaan layanan yang dihadapi oleh orang kulit hitam setiap hari di Perancis. Good stuff. 

Serius Kreatif - Poster Filem Super Minimalis Michal Krasnopolski (12 Gambar)


Minimalis

Sangat minimalis. Inilah poster filem karya Michal Krasnopolski yang berasal dari Poland.



Serius LOL - #OhMyMalay : Bahasa Malaysia Tahap Dhaka


Hnghhhhhhhh

Semakin banyak warga asing membuka kedai di Malaysia dan billboard kedai mereka memaparkan Bahasa Malaydeshi!


Serius Konsep - PL 01 : Kereta Kebal Masa Hadapan Poland (16 Gambar)


Boom!

Ramai berpendapat kereta kebal, seperti kapal battleship sudah tidak lagi releven di dalam medan perang. Ianya terlalu berat dan besar untuk kegunaan di dalam perangan urban masa hadapan. Tetapi ini tidak menghalang syarikat Obrum dari Poland untuk menghasilkan kereta kebal konsep PL 01 mereka. Obrum jika anda ingin tahu ialah syarikat yang sama yang menghasilkan kereta kebal PT 91M Pendekar milik Tentera Diraja Malaysia. Spesifikasi kereta kebal ini masih belum jelas tetapi apa yang pasti ianya kelihatan sangat futuristik. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails