skip to main |
skip to sidebar
Win!
Gelato ialah pemanis mulut seakan ais krim tetapi diperbuat daripada susu. Oleh sebab itu gelato mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dan lebih kenyal. Di Itali gelato yang dibeli dari kedai akan dibentuk untuk kelihatan seperti bunga ros. Hasilnya ialah gelaton kon yang cantik sampai tak sampai hati untuk dimakan. Cool beans!
Fore!
Anda minat sukan golf tetapi anda tidak mempunyai wang untuk hobi yang mahal ini? Apa kata anda pergi ke Mini Putt, Citta Mall Damansara dan cuba permainan mini golf disana. Mini Putt ialah padang mini golf pertama di dalam pusat membeli belah di Malaysia. Pusat mini golf ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi ke 11 malam. Kinda cool.
Epic!
Kereta dengan mudah boleh dihancurkan oleh lori sampah. Masa untuk lori sampah digunakan untuk memusnahkan sampah masyarakat pula. Do it in public. Fun will be had. Scums will be dead!
Penile Envy
Sky City One bakal mengalahkan Burj Khalifa sebagai bangunan pencakar langit tertinggi dunia. Bangunan ini akan mula dibina di Changsa China Jun hadapan dan akan mengambil masa hanya 7 bulan untuk disiapkan. Apabila siap kelak ia akan mempunyi ketinggian 838 meter, 5 meter lebih tinggi dari Burj Khalifa dan menelan belanja USD 628 (RM 2.1 Billion) untuk dibina. Ini adalah jauh lebih murah dari Burj Khalifa yang menelan belanja USD 1.5 Billion (RM 4.5 Billion) untuk dibina.
Apabila siap kelak bangunan 220 tingkat ini akan menempatkan 17 000 penghuni di dalam apartment, 5 pejabat dan sekolah (dengan kapasiti 4600 orang pelajar), pusat membeli belah, hotel 1000 bilik, 17 pad mendarat helikopter dan sebuah hospital. Sebanyak 104 lif berkelajuan tinggi akan dipasang dan terdapat 15 laluan kecemasan bagi memudahkan pengosongan jika berlaku kecelakaan. Ruang lantai keselusuruhan Sky City One pula ialah 1.215 Juta meter persegi iaitu bersamaan 4 kali keluasan lantai Menara Berkembar Petronas.
Pembinaan BANDAR DALAM MENARA ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan tidak selama. Tetapi jurubinanya Bright Sustainable Building berkata ini bukannya masalah kerana mereka sudahpun membina sebuah hotel 30 tingat dalam masa 15 hari sebelum ini.
Spa BawahLaut FTW!
Huvafen Fushi ialah sebuah resort mewah yang terletak di North Male Atoll Kepulauan Maldives. Resort ini mempunyai pemandangan Lautan Hindi yang menakjubkan dan ianya satu-satunya tempat dimana anda boleh mendapatkan rawatan spa di bawah laut. Spa Huvafen Fushi terletak 6 meter di dasar laut. Spa ini mempunyai 4 bilik mengurut yang membolehkan anda diurut sambil melihat hidupan laut sekeliling pulau. Ianya dibuka pada tahun 2004 dan kos penginapan di Huvafen Fushi bermula dari USD 20 000 (RM60 000) untuk penginapan seminggu. Maldives memang cool. Sebelum ini ada kami paparkan kelab malam bawah laut di Niyama Resorts yang juga terletak di negara ini.
Hahaha!
Di United Kingdom terdapat Chip Shop Awards dimana iklan-iklan yang tidak digunakan oleh firma pengiklanan diberikan anugerah kerana kekreatifan mereka. Iklan-iklan ini tidak digunakan oleh pelanggan mereka kerana ianya mungkin idea yang terlalu melampau, terlalu WTFBBQ ataupun tidak politically correct. Most of them are actually brilliant!