Wednesday, 25 July 2012

Serius Fakta - Kikuo Ibe : Bapa Jam Tangan G-Shock


Respect

Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialah Casio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.

Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.



Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".



Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun


Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991



G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. BAD ASS!

Bagi kami jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Kami sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan. Awesome! Too bad ketika itu kami POORFAG dan tak mampu beli G-Shock. Maka terpaksa pakai SWATCH sahaja. HAHA poorfag lah sangat!



Laporan asal Wikipedia dan IsaacLikes

Tuesday, 24 July 2012

Serius Cool - Tarawikh Dan Iftar Dari Seluruh Dunia (15 Gambar)


Ramadan Mubarak!


Kita mula berpuasa Sabtu lalu tetapi di negara Arab, Eropah dan Amerika mereka sudah mula berpuasa sejak hari jumaat. Dibawah ialah gambar umat islam berpuasa dan iftar dari UK, Bosnia, Afghanistan, Indonesia, Nigeria, dan India. Semoga Ramadan ini memberi rahmat kepada kita semua.

1Malaysia... 1Muslim ...... Puasa 30 hari Ditepati!


Serius - Bekas Isteri John Cena (5 Gambar)


Oh duda..

John Cena, penggusti WWE sah bercerai dengan isteri beliau hujung minggu yang lalu, John Felix Anthony Cena (35) menceraikan isteri beliau Elizabeth Huberdeau (32) yang dikahwini beliau 3 tahun yang lalu. Pasangan ini sudah berpacaran sejak di bangku sekolah lagi dan sebab penceraian tidak diwar-warkan. Terdapat spekulasi Elizabeth menceraikan Cena kerana beliau berlaku curang. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. John Cena kini sah bergelar duda yang kaya. Selepas ini aku rasa dia boleh menukar tagline beliau dari "You Can't See Me" kepada "You CAN See Me". Kesian Cena, tahun ini tak dapat beraya bersama isteri tercinta. Mari berfikir positif, at least tak perlu gaduh nak beraya kampung siapa dahulu. Eh?

Serius LOL - You Know It's Ramadan When....


Hew hew

Selamat berpuasa semua..........Walaupun video ini dibuat di Amerika, kita di Malaysia masih boleh relate... Nice



Serius Cool - Hilton Nui Bora-Bora (18 Gambar)


Woah!

Kegilaan kami untuk mengambik cuti panjang sempena Hari Raya yang akan datang semakin menjadi-jadi. Nak carik pulau dan berehat selama seminggu. Minta maaf tapi kami di Blogserius memang perlukan a week off untuk mengecas minda dan jari yang penat bekerja sepanjang tahun tanpa mengira waktu.

Cari punya cari kami terjumpa resort mewah Hilton Nui yang terletak di Bora Bora, French Polynesia. Resort dan spa lima bintang yang terletak di pertengahan lautan Pasifik ini memang membuatkan kami rasa teruja nak kesana. Lihat sahaja villa mewah yang dibina khas bagi memberikan anda perasaan berada di syurga dunia. Air bewarna biru dan matahari bersinar sepanjang masa. Sungguh cantik! Anda dapat santai diatas pantai putih bersih sepanjang 800 meter dan memberi makan kepada pari dan jerung. Harga semalam bermula dari RM2588. Silalah menjadi CEO ataupun pemimpin kerajaan negara Timur Tengah untuk membolehkan anda mampu tinggi disini.

Serius Kreatif - Iklan Anti Cetak Rompak Dari MTV (5 Gambar)


Awesome!

Mencetak rompak dan melakukan muat turun haram merosakkan industri dan membunuh kareer seni penyanyi kegemaran anda. Sila jangan muat turun secara haram. Selamatakan mereka. Kempen anti cetak rompak oleh MTV Europe ini sangat kreatif!

On a side note sila download secara pukal lagu Bieber, Gaga, Big Bang dan Kpop. Let their careers die! LOWLOALWOALOWOAL!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails