skip to main |
skip to sidebar
Best Batman Ever!
Bagi aku Batman yang paling awesome masih lagi Michael Keaton. Dia yang paling hampir dengan versi Komik. Yes filem arahan Tim Burton sangat campy tetapi pada ketika itu mood dan setting filem Batman bersesuaian dengan komik. Then Schumacher messed the franchise dengan meletakkan lampu neon di Gotham City. Masa kecik-kecik dahulu benda yang paling bad ass selain Batman didalam filemnya ialah Batmobile. Don't lie! Every ten year old kid I know wanted a Batmobile. Kini setelah hampir 3 dekad filem dihasilkan kita dapat memiliki replika Batmobile. Ianya keluaran Hot Toys dan dibina pada skala 1:6. Batmobile ini akan dijual seawal Jun hadapan dengan harga saranan USD 630 sebuah. Sila kumpul duit sekarang!
Terbaik!
So awek PC Fair Malaysia tidak cukup hot? Mari lihat awek PC Fair di Russia pula!
Hahahaha!
Ronaldo Silva (39) ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita. Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi, pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara. Walaubagaimanapun beliau ditahan sejam kemudian oleh seorang Polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan berjalan terhoyong hayang. Melihat keanehan ini si Polis menahan beliau dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki
Note to self........ lain kali jangan pakai high heels!
Best lilin ever!
Sekarang ini musim demo dan protes. Sekarang di Dataran Merdeka ada demo PTPTN. Minggu hadapan pula ada demo BERSIH 3.0. Setiap kali berdemo orang bawak kain rentang. Di Eropah mereka lebih gemarkan buat candlelight vigil. Ini terutama sekali bila demo anti keganasan. Di Jepun bulan lalu diadakan demo anti tenaga nuklear. Demo aman ini dilakukan dihadapan bangunan Diet (Parlimen Jepun) untuk menggesa kerajaan Jepun menggentikan pergantungan kepada tenaga Nuklear. Selepas tragedi Fukushima ramai rakyat Jepun mula menyedari bahaya tenaga nuklear. Seorang artis jepun Nao Matsumoto menghasilkan lilin berbentuk fuck you untuk kegunaan para pendemonstrasi. Ini adalah genius. Simbol "senggama kamu" kepada tenaga nuklear! GENIUS!
Kalau di Malaysia nanti kalau mahu buat demo LYNAS sila gunakan lilin ini. Aku nak join!
Power!
Kita sudah biasa melihat poster Kick Racism Out Of Football yang mementang perkauman dalam perlawanan sepak bola. Tetapi kebencian tahap extrema masih lagi wujud diantara kelab-kelab utama dunia. Ianya TRIBALISM dalam dunia moden. Oleh itu bila aku jumpa poster anti tribalism yang dihasilkan oleh Eduardo Salles aku rasa ianya genius. Beliau menggabungkan logo kelab Barca, Real, Liverpool, Manchester United, AC Milan, Inter Milan, River Plate, Boca Junior, Club America dan Chivas Guadlahara untuk menyampaikan mesej anti tribalism yang melampau. Superb!
AWWWWWWWWCUTEEEEEEEEEEEEEE