skip to main |
skip to sidebar
Jihad Marxist Leninist!
Sekarang dunia sebok dengan hal Jihadi berjuang untuk ISIS terutamanya jihadi yang berasal dari Malaysia. Setakat ini dikatakan 15 orang rakyat Malaysia yang sudah "syahid" menentang musuh-musuh Islam. Ada yang ditembak ketika berjuang di Syria dan ada juga yang meletupkan diri di dalam balai polis di Iraq. Kami tak tahu apa yang terjadi kepada jasad mujahid Malaysia tetapi yang kami tahu mayat mereka tak akan dibawa pulang ke tahan tumpahnya darah mereka Malaysia.
Di China mereka menyambut hari "Memperingati Syahid" pertama mereka tahun ini semalam. Hari memperingati wirawan yang rebah untuk mewujudkan People's Republic of China disambut secara besar-besaran sebagai simbolik mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terkorban menentang Kuomintang Shiang Kai-Shek ketika perang saudara China.
Di Shaanxi wujud makan khas untuk 25 000 wirawan tanpa nama yang terkorban ketika perang saudara ini. Makan gergasi ini dibina pada tahun 2012. Makan wirawan yang tidak dapat dikenal pasti seluruh China digali dan tulang belulang mereka ditanam semula di makan khas di bawah.
Hehe
Jiran anda membenci anda agaknya.
Cuak
Pulau Saba yang terletak di kepulauan Caribbean ialah pulau di bawah jajahan Belanda. Pulau sebesar 13 kilometer persegi ini menempatkan lebih kurang 1000 orang penduduk. Pulau kecil ini menempatkan Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin yang memegang rekod landasan penerbangan komersial terpendek dunia. Landasan lapangan terbang ini hanya sepanjang 396 meter. Pada dua-dua hujung landasan terdapat curam yang menjunam 18 meter ke permukaan laut. Kerana landasannya yang pendek, pesawat jet tidak boleh mendarat ataupun terbang dari Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin. Seperkara lagi yang menarik ialah tidak terdapat perkhidmatan mengisi minyak di lapangan terbang ini. Penerbangan dari pulau ini ke lapangan terbang terhampir ialah 15 minit.
Nice!
Wah ini sangat cool. Kenapa tak ada versi Helikopter untuk anak lelaki pula. Unfair siak
Banjir
Sweden adalah sebuah negara dengan rekaan inovatif. IKEA berasal dari Sweden dan rumah kami dipenuhi perabut IKEA kerana ianya just works you know. Di Sweden juga da Oops Hotel, sebuah hotel yang dibina untuk kelihatan seperti ianya tenggelam di dalam tasik. Ianya terletak di Tasik Malaren dan memang kelihatan unik. Menurut cerita hotel ini terbina selepas pemiliknya menemui seorang individu yang mahu menjual struktur atap rumah milik beliau. Pemilik Oops Hotel sudah mempunyai sebuah platform terapung yang saizny sepadan dengan atap rumah tersebut. Apabila digabungkan ia kelihatan seperti sebuah rumah yang tenggelam dan Oops Hotel kini menjadi realiti.
What The Fu...
Hai. Ini ialah Kawasaki Ninja H2R dan ianya bakal memberikan inzal kepada peminat motosikal bersaiz besar. Ia diperkasakan oleh enjin 998 cc Supercharger yang menghasilkan 300 kuasa kuda. Yamotosikal ini mempunyai hampir 3 kali ganda lebih banyak kuasa kuda dari sebuah kereta Perodua MyVi SE. Bagi memastikan tayar motor melekap pada permukaan jalan raya H2R mempunyai sepasang spoiler gentian karbon pada bahagian hadapan seperti sebuah kereta F1. Holy balls. Malang sekali H2R bukanlah untuk kegunaan jalan raya dan dihasilkan untuk digunakan di atas trek. But still ini memang Ninja sebenar!