Saturday, 1 June 2013

Serius Cool - Casing Merangkap Power Bank Magnetik Iphone 5 (9 Gambar)


Cool!

Masalah dengan kebanyakkan power bank ialah ianya bulky dan tidak mudah dibawa. Casing dengan powerbank pula terlalu besar. Casing iPhone 5 di bawah cuba menyelesaikan masalah ini dengan casing dengan power bank yang boleh ditanggalkan. Power bank disambungkan secara magnetik. Casing power bank ini dijual pada harga USD 47 (RM 148) sebuah.



Serius Cool - Tupolev TU - 160 Blackjack : Pesawat Pengebom Supersonik Terbesar Dunia (27 Gambar)


Boom!

Tupolev Tu 160 Blackjack ialah pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia, Pesawat sepanjang 54 meter ini juga memegang rekod pesawat supersonik terbesar dunia selepas Concorde dihentikan operasinya pada tahun 2003. Program pembiaan Blackjack dimulakan Soviet sebagai jawapan kepada program pesawat pengebom supersonik Rockwell B-1 Lancer. Seperti kebanyakkan pesawat Soviet pada waktu itu, Blackjack meniru bentuk B-1 tetapi Soviets being Soviets they made it bigger and better. B-1 Lancer boleh memecut sehingga Mach 1.25 dan membawa 35 000 kilogram bom.
Blackjack mempunyai kelajuan maksimum Mach 2.03 dan mempu membawa muatan senjata sehingga 40 000 kilogram.

Prototaip pertama dibina pada 1981 dan memulakan operasi pada tahun 1987. Ia memerlukan 4 anak kapal untuk beroperasi dan sangat ditakuti oleh pihak NATO kerana kepantasan dan kemampuan melancarkan misil anti perkapalan terhadap kapal pengangkut kapal terbang. Selepas kejatuhan Soviet majoriti pesawat Blackjack dihentikan dari operasi tentera udara. 

Pada tahun 2005 proses permodenan Tu- 160 dilakukan dan sistem avionik dan kawalan pesawat diberi penaik tarafan. Sejak 2007 11 Tupolev Tu-160 Blackjack moden beroperasi dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Perang dingin mungkin sudah lama tamat tetapi sistem senjata yang mampu memuaskan dunia masih wujud.



Serius LOL - Scene Paling Menakutkan Filem Momok Jangan Cari Pasal


Seram Sejuk

Lepas tengok scene di bawah abang tak boleh tidur malam...... seram sejuk seminggu! Serious. Tidak ada scene yang lebih menakutkan dari scene di awal filem Momok Jangan Cari Pasal di bawah.


Serius Neko - Neko VS Tikus Di Russia


What?

In Soviet Russia ...........


Serius Klasik - Lancia Stratos Zero : Kereta Konsep Michael Jackson Moonwalker (18 Gambar)


Michael!

Michael Jackson Moonwalker ialah filem yang dihasilkan oleh MJ untuk album Bad pada tahun 1988. Semasa kami masih kecil kami rasakan filem ini sangat bad ass terutamanya sequence Smooth Criminal yang kini dianggap klasik. Di dalam filem ini kereta konsep Lancia Stratos Zero digunakan oleh Michael. Kenderaan ini sebenarnya dihasilkan untuk Pamera Kereta Turin pada tahun 1970. Rekaannya pada ketika itu futuristik. Pada pendapat kami ianya masih futuristik pada tahun 1988. Bentuknya radikal dan kalau anda pernah main Trump Card kenderaan ini adalah kenderaan yang tercantik di dalam dek permainan kad ini. Stratos Zero tidak pernah dihasilkan sebagai kenderaan produksi penuh. Ianya disimpan di muzium rekaan Bertone sehingga 2011 sebelum dijual pada harag Euro 760 000 (RM 3.06 Juta). Cool car.



Serius Fakta - Fakta Sadis Mengenai Liberia (12 Fakta)


Dayyum!

Seks bermula dari 3 sen? Tahap pengangguran yang tinggi? Mutilasi kemaluan? 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails