skip to main |
skip to sidebar
Impresif
Kami yakin anda pernah melihat keadaan sungai di kota Manila yang terkenal dengan lambakan sampah yang menjijikkan. Ini adalah kerana kehadiran rumah setinggan di tebing-tebing sungai. Sampah yang dibuang dari rumah setinggan ini mengakibatkan Sungai Pasig menjadi antara sungai paling tercermar di dunia. Sekitar 1990an kualiti air sungai ini sangatlah teruk sehingga Jabatan Alam Sekitar Filipina mengishtiharkannya tidak lagi mampu menampung kehidupan biologikal. Sungguhpun begitu penduduk setinggan diatas Sungai Pasig masih mandi manda dan meminum air dari sungai yang maha tercemar ini.
Pada tahun 1999 projek pemulihan Sungai Pasig dimulakan. Projek bernilai USD200 (RM 600 Juta) yang akan dijalankan beransur-ansur dalam tempoh 15 tahun. Sepanjang tempoh itu 750 000 orang penduduk setinggan dipindahkan ke penempatan baru yang dibina kerajaan. Sungai Pasig dibersihkan dan didalamkan bagi memudahkannya mengalir. Selain itu oksigen juga dipam kedalam air bagi membenarkan ia menampung kehidupan biologikal. Hasilnya ialah Sungai Pasig kini kelihatan cantik dan bersih.
Ini mengingatkan kami kepada projek pembersihan Sungai Cheonggyecheon di Korea Utara yang pernah kami paparkan. Agaknya Sungai Kelang kita boleh tak dikembalikan kepada rupa asalnya? Harapnya boleh kerana Malaysia Boleh!
Thanks @ian_marcello for the tips
Sarcasm!
No komen. Ada Izara Aishah seksi edisyen. Just thank @AmenoWorld for this lulzy find!
Nice!
Kebanyakkan casing yang ada dipasaran hanya memberikan ketahanan hentakan. Tetapi jika anda seperti kami, casing yang berfungsi lebih dari a glorified bumper amat diperlukan kerana kami peminta McGuyver. ReadyCase ialah casing untuk iPhone 4/4S/5 yang kami rasakan sehampir mungkin kepada sebuah pisau tentera Swiss. Ia didatangi dengan sebilah pisau kecil, kickstand, USD drive , pemegang wayar headphone dan juga 3 lensa kamera. Buat masa ini ReadyCase masih sebuah konsep yang cuba dihasilkan di IndieGoGo. Kalau berminat silalah dermakan wang untuk menjadikan casing ini sebuah realiti.
Pergh Nice Gile!
Dubai Metro ialah sistem pengangkutan keretapi awam tanpa pemandu terpanjang dan tercanggih di dunia. Ianya mula dibuka pada 9 September 2009 pada jam 9.09 minit malam oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sistem keretapi sepanjang 74.6 kilometer ini mengandungi 43 buah stesen didalam 2 laluan utama ialah Red dan Green line. Setakat ini USD 7.6 Billion (RM 22.8 Billion) sudah dibelanjakan untuk sistem rel kegunaan awam pertama di tanah Arab ini.
Berlainan dengan sistem kereta awam biasa, Dubai Metro mempunyai gerabak yang dibahagikan kepada tiga kelas. Silver Class ialah untuk warga marhaen, Kelas Wanita dan Kanak-kanak dan Gold Class. Jika anda membeli tiket Gold Class anda membayar harga tiket dua kali ganda dari biasa. Beza Gold Class dengan Silver Class ialah gerabaknya lebih mewah, kurang sesak dengan penumpang lain dan anda boleh melihat pemandangan dari hadapan gerabak. Dengan kata lain pemandangan hadapan yang kita nikmati di dalam Putra MRT perlu dibayar dengan harga premium bila menaiki Dubai Metro. Sistem Dubai Metro dilengkapi dengan 87 keretapi 5 gerabak yang mampu membawa 643 orang penumpang pada satu-satu masa pada kelajuan maksimum 90 kMj.
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Dubai bercadang menambah dua lagi laluan yang akan menyambungkan Lapangan Terbang Al Makhtoum serta Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Sepatutnya dua laluan ini sudah siap dibina tahun lalu tetapi kerana kegawatan ekonomi pembinaanya dihentikan buat sementara waktu.
Nampaknya stesen dan keretapi Dubai Metro memang mewah. Kita berharap sistem MRT Kuala Lumpur kelak akan menjadi sebagus Dubai Metro. Tak perlu mewah dan GOLD CLASS pun tak apa asalkan dapat memenuhi frekuensi 6 minit setiap tren seperti di Dubai sudah memandai!
AHAHAHAH!
Zach Galfianakis....... probably anda kenal beliau dari filem Hangover dan siri YouTube Funny Or Die. Inilah terjadi bila seorang lelaki manly gemok menjadi seorang model pakaian mandi. Hilarious!
In B4 "I can't fap to this"
HAHHAHA!
Cerita Looper memang best tetapi edisi Disney ini lebih LOL dan tidak SESERISU!