Thursday, 20 August 2015

Serius Cool - Ferrari F12 Berlinetta Edisi 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (8 Gambar)


Vroom

Singapura menyambut hari kemerdekaan mereka dari Dermasia hampir dua minggu lalu dengan kelegaan di dada dan kengakuhan ekonomi yang nyata. Selepas 50 tahun ditendang keluar mereka kini menendang kita dari segi kehebatan teknologi, kemantapan sistem pendidikan dan kebersihan secara total. Bagi menyambut ulang tahun Singapura ke 50, Ferrari menghasilkan Ferrari F12 Berlinetta edisi khas. Ia menggunakan warna khas Rosso Singapura dan mempunyai belang tarung bewarna putih. Warna khas ini adalah sempena warna bendera republik selatan ini. Disamping itu kemasan khas pada pintu, stereng dan kerusi turut diberikan. Hanya satu kenderaan ini dihasilkan dan ianya tidak akan dijual.

Rasanya jika ada edisi khas Ferrari untuk Malaysia bagaimanakah rupanya? Warna biru dengan logo 1 Malaysia gergasi pada bahagian bonnet? Sistem suspensi lebih tinggi untuk meredah banjir dan speed bumps?



7 comments:

  1. Salam sejahtera.
    Inginkan pendapatan sampingan selain gaji anda?
    Ingin tahu bagaimana sekeping SIMKAD boleh menjana pendapatan pasif anda?
    Peluang perniagaan dengan handphone anda dan jana pendapatan LUMAYAN !!
    Nak hebat seperti kami.. Mari daftar FREE di website kami. Kami akan memberi ilmu pendapatan pasif secara PERCUMA kepada ANDA!!!

    http://bit.ly/1GF3Mk3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails