Tuesday 22 October 2013

Serius - Video Angker Misteri Kematian Elisa Lam


Angker Dark Water

Dark Water ialah filem seram Jepun yang mengisahkan kematain seorang kanak-kanak wanita di dalam tangki air. Kisah kematian fiksyen ini menjadi misteri sebenar di Cecil Hotel, Los Angeles. Elisa Lam seorang wanita yang berasal dari Vancouver Kanada ditemui mati di dalam sebuah tangki air di sebuah hotel. Kematian beliau hanya disedari selepas beliau dipercayai lemas 2 minggu sebelumnya. Mayat beliau ditemui setelah penghuni hotel merungut tekanan air ke bilik mereka amat rendah sejak beberapa minggu. 

Apa yang membuatkan kes ini aneh dari biasa ialah rakaman video CCTV lif pada malam beliau dilaporkan hilang. Elisa dilihat cuba melarikan diri dari sesuatu. Ketika cuba melarikan diri di dalam lif, lif gagal beroperasi. Lif hanya berfungsi selepas Elisa keluar. Ketika mayat beliau ditemui, Elisa terapung dalam keadaan bogel. Pakaian beliau tidak pernah ditemui semula oleh pihak polis. Tangki air hotel hanya boleh diakses dengan menggunakan 2 kunci khas. Kunci khas ini mustahil ada pada Elisa kerana beliau bukan pekerja hotel. Tiada rakaman beliau naik ke bumbung hotel juga. Kes ini masih lagi dianggap tidak dalam diselesaikan dan menjadi misteri. 

Terdapat teori yang mengatakan Elisa dikejar hantu. Mengapa ada teori paranormal ini? Kerana Cecil Hotel pernah menjadi tempat tinggal Richard Ramirez, pembunuh berisiri yang membunuh 13 orang wanita. Ramirez mati akibat kenser ketika menunggu giliran dihukum bunuh Julai lalu. Ada yang percaya roh Ramirez kembali ke Cecil Hotel dan mencari mangsa baru. Ramirez gemar membunuh wanita berbangsa Asia ketika masih hidup. 

Adakah ini kes hantu pembunuh?

Thanks @TechSupremo




5 comments:

  1. hoax. mana ada orang joget sana sini kalau pintu tak tutup.. either tekan banyak2 kali sampai tutup atau keluar terus.

    ReplyDelete
  2. rasa diperbodohkan oleh entri dan video ini! cess!

    ReplyDelete
  3. i dont think she's running away from something terrible. I don't see her frightened look and terror in her face. She looks like a disturbed woman to me. If you are running away from something, do you have time to spare by standing in front of the malfunction elevator and waiting for the whatever chasing you to jump you off? anyway, call detective conan. problem solved.

    ReplyDelete
  4. Hoax?? kah kah kah.. hoax?? kah kah kah!!!

    http://www.usatoday.com/story/news/2013/06/20/body-in-water-tank-ruled-accidental-drowning/2443061/

    Takdak internet?? kah kah kah.. no access to Google?? kah kah kah kah kah kah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails