Thursday 23 May 2013

Serius Fakta - HMS Malaya : Kisah Sedih Kapal Perang Utama Yang Dibayar Negeri Melayu Bersekutu (19 Gambar)


Edukesyenel TL:DR

Dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, mereka tidak pernah mempunyai kapal perang utama (Battleship). Ini adalah kerana selepas perang dunia kedua penggunaan kapal perang utama sudah ketinggalan zaman. Kapal perang utama Yamato, Bismarck , Arizona dan Prince Of Wales kesemuanya musnah akibat penggunaan kapal terbang pengebom dan torpedo. Pasca Perang Dunia Kedua kapal perang pengangkut kapal terbang mengambil alih tugas kapal perang utama sebagai kapal paling berprestij.

Sungguhpun Malaysia tidak pernah mempunyai kapal perang utama, kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) bersetuju membina sebuah kapal perang utama yang kemudian dihadiahkan kepada kerajaan Britain. HMS Malaya dilancarkan pada tahun 1915 dan mula beroperasi pada tahun 1916. Kapal perang dari kelas Queen Elizabeth ini dibina dengan kos £2,945,709 ( 25 000 000 Dolar Negara Selat) di limbungan kapal milik Armstrong-Whitworth's di Walker-on-Tyne Newcastle England. Pemberian kapal perang ini kepada Britain adalah buah fikiran Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Azam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan disokong oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. Ianya dicadangkan almarhum Sultan ketika majlis raja-raja 1912 sebagai tanda sokongan negeri - negeri melayu bersekutu kepada empayar Britain. Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke tanah melayu dan berhenti di  Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang. HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain.

Semasa masih beroperasi, King George pernah bertugas di atasnya. Kapal perang utama ini dilengkapi 8 meriam 15 inci yang diletakkan di dalam 4 rudal utama dan mempunyai sesaran seberat 33 020 tan. Panjang kapal ialah 196.82 m sementara lebarnya pula ialah 27.58 m. Ia diperkasakan enjin stim arang batu 56 600 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 25 knot

Ketika Perang Dunia Pertama , Malaya terlibat di dalam Petempuran Jutland. Pertempuran ini terkenal kerana ia berjaya menghadkan pembabitan Tentera Laut Jerman hanya sekitar perairan litoralnya. Di dalam pertempuran ini Malaya mengalami kerosakan yang teruk akibat dibedil sebanyak 8 kali. Antara yang tercedera ialah Able Seaman Willie Vicarage. Beliau adalah antara individu terawal yang diberikan pembedahan plastik bagi membaiki muka akibat kecederaan yang teruk. Sebahagian besi dari bedilan kapal perang Jerman ini kemudiannya dihadiakan kepada Negeri Negeri Melayu Bersekutu ketika lawatan pada tahun 1921. Kami tak tahu sama ada artifak ini masih ada di Malaysia ataupun tidak. Uniknya HMS Malaya ketika pertempuran Jutland ialah ianya satu-satunya kapal perang yang mengibarkan bendera Negeri - Negeri Melayu Bersekutu dan bukanya bendera Britain. Bendera ini dikatakan sepanjang 15 kaki. 

Pada tahun 1922 HMS Malaya membawa  Sultan Mehmed VI, Sultan terakhir Empayar Otmaniah yang dibuang negara oleh Mustapha Kamal Attaturk ke Malta

Pada tahun 1936 HMS Malaya dihantar ke Palestin bagi menentang kebangkitan warga Arab yang tidak bersetuju dengan kebanjiran bangsa Yahudi yang dibawa masuk Britain. Beberapa periuk api yang disimpan di atas HMS Malaya digunakan bagi meletupkan rumah milik penentang Arab. 

Pada tahun 1941 Ketika Perang Dunia Kedua, Malaya mengalami kerosakan teruk akibat serangan torpedo U-Boat. Ia dibaiki di pelabuah New York dan kemudiannya menjadi pengiring konvoi kapal kargo merentasi lautan Atlantik.

Pada tahun 1948 HMS Malaya dihentikan khidmatnya oleh Tentera Laut Diraja Britain dan ianya diubah menjadi kapal sasaran untuk sekolah latihan pengebom udara .Pada 12 April 1948 ianya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane Scotland.

Pada 12 September tahun yang sama sempena hari menyambuat kemenangan British di Malaysa, loceng HMS Malaya dihadiahkan oleh Tentera Laut Diraja Britain kepada Sekolah Vitoria Institution. Loceng ini dibunyikan setiap pagi bagi menandakan permulaan sesi persekolahan. Ianya dihadiahkan kepada V.I kerana ianya pada ketika itu merupakan sekolah terbaik di Tanah Melayu dan diharapkan prestij HMS Malaya yang penuh bersejarah dapat menjadi contoh teladan pelajar sekolah. 

Pada tahun 1983 pihak TLDM cuba mendapatkan loceng ini dari pihak sekolah untuk diletakkan di Muzium TLDM. Pihak V.I enggan menyerahkannya kerana ianya hadiah dari Tentera Laut Diraja Britain dan bukannya milik TLDM. TLDM gagal mendapatkan hak penjagaan loceng ini selepas pesatuan Old Boys V.I berjaya menunjukkan bukti sahih penyerahan loceng ini kepada pihak sekolah untuk disimpan

Sungguhpun begitu pada tahun 2007, loceng ini diserahkan juga kepada TLDM setelah diminta oleh Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda pada ketika itu baru sahaja menemui bendera asal yang digunakan oleh HMS Malaya ketika ianya masih berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain. Bendera ini dihadiahkan baginda kepada Muzium TLDM. Pada hemat baginda adalah baik sekiranya bendera dan loceng HMS Malaya dapat disatukan semula selepas puluhan tahun dipisahkan. 

Dari kajian kami loceng asal HMS Malaya dan bendera Negeri Negeri Melayu Bersekutu yang dikibarkannya kini boleh dilihat di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia yang terletak di Melaka. Ada pembaca boleh confirmkan?







Laporan asal Wikipedia , VivWeb HMS Malaya
Gambar ModelShip , Battleship Cruiser

51 comments:

  1. hik hok hok hok

    ReplyDelete
  2. astagfirullah

    ReplyDelete
  3. kepala bapak ko

    ReplyDelete
  4. tahiniah!
    nah bisbis dan roroy~

    ReplyDelete
  5. kepala hotak ko berjambul

    ReplyDelete
  6. ntah... kalo ada masa dan rajin.. saya akan confirmkan..

    ReplyDelete
  7. Kenapa malaya sokong britain dlm WW1 yg memerangi ottoman empire (khalifah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb malaya (kapal) tu dh dserahkn kpd britain pd lepas die siap. so da jd milik britain lah, britain yg perang empayar tu. bknnye malaya (Tanah Melayu).

      Delete
    2. malaya terbabit illuminati

      Delete
    3. kuasa allah yang menghancurkan kerajaan ottoman kerana kezaliman mereka.

      Delete
    4. Senaraikan hujah yg mengatakan kerajaan Uthmaniah sebagai Zalim??

      Uthmaniah pada waktu itu amat lemah kerana serangan dari dalam dan luar... Di luar di asak oleh British dan Perancis... Sedangkan dari dalam di khianati oleh kaki tangan dan menteri2nya... Tak ada cara lain melainkan dgn memberi hukuman kpd penghianat2 yg cuba nk bunuh Sultan.. Adakah itu yg kau katakan kejam??

      Runtuhnya Uthmaniah adalah sebab kehendak Allah seperti dlm khabar Nabi, bukan sebab Uthmaniah zalim..!! Bebal..!! "...akan datang masa mukan adlan (kekuasaan yang represif), yang akan tetap ada selama Allah mengkehendaki, lalu masa itupun berlalu..." [Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi]

      Kau pun boleh tahan jugak hebatnya, sampai tahu kenapa Tuhan nak 1 ketentuan tu berlaku...

      Delete
    5. sultan salem 11 adalah sultan utmaniyah terakhir..
      beliau tidak mementingkan urusan agama, terlalu memperkasakan militari akibtnya politik negara terumbang ambing... mmg masa akhir kerajaan utmaniyah tu pemerintah zalim kpd rakyat...

      org atas aku ni, bykkan membaca xpun pergi dengar kuliah kt universiti2... di malaysia ni byk kos yg mnkaji ttg ketamadunan islam dan arab spt di UMS- terdapat pegajian sejarah asia barat(bidang sejarah), konflik asiabarat(bidang sains politik/hubungan antarabangsa), kat UKM bidang Sejarah ketamduanan Asia Barat, USM sejaRah Dunia dan Politik Asia Barat...

      sistem beraja bukan dari suruhan islam sbb pemerintah akan dipilih dr sistem monarki..
      sebaliknya sistem khalifah lg baik sprt yg diamalkan oleh pemerintahan khalifah ar-rasyidin...
      ### salah satu sbb Empayar Utmaniyah runtuh disbbkn raja yg zalim ... sepatutkan pemimpin dipilih dgn bermesyuarah antara setiap wakil rakyat... bukan melalui konsep pilih sbb keturunan.. ni yg meyebabkan sesebuah empayar runtuh.. Fact~~~

      Delete
    6. ada sebab knp sistem beraja juga ada kelebihan berbnding semua org rasa dia layak jadi pemimpin...

      orang zaman sekarang atau so-called ulamak zaman sekarang bukan mcm dulu..semua pon ada kepentingan.
      ulamak zaman sekarang lebh pentingkan peti undi berbanding ummah Islam itu sendiri.fact!

      jika benar sistem beraja x elok..masakan keturunan Rasullullah sendiri diangkat menjadi keturunan beraja di negara2 arab contoh di Jordan.
      malah Agong sekarang pon ada susur galur keturunan baginda.
      ia adalah perlu untuk menjaga nasab.
      selain itu, sejarah juga membuktikan betapa manusia ini penuh tamak haloba nak dapatkan kuasa contoh terbaik Anwar..

      baca sejarah Sierra Leone yg mana Malaysia penah jd Pengaman di sana & diculik.
      lihat sendiri bagaimana jatuhnya sistem beraja di sana menyebabkan semua pihak berbalah kerana mahukan kuasa sebagai presiden...
      asal ada senjata semua nak jadi presiden.
      bergolak sampai sekrang.

      sistem raja berparlimen adalah sistem terbaik dan ada check & balance.
      melainkan ada tangan2 yg nak musnahkan sistem tersebut...
      Fact--

      Delete
    7. kalau lahir dlam kelurga diraja,meskipun xlayak mnjadi pemimpin akan ttp ditabal jd pemimpin.. ini lah kelemahan sistem beraja. sistem pemilihan terbaik adalah sistem khalifah. rakyat yg pilih.

      keturunan Rasullah kt Jordan? xsilap aku, keturunan rasulluh berakhir dgn kematian cucu baginda iaitu hassan dan hussein.. mybe yg anon 11.50 ckp tu,keturunan drpad saudara2 Rasullullah... wallahusalam...
      Raja pertama jordan iaitu raja Abdullah anak kepada Syarif Hussein... syarif hussein adlah pengerak revolusi islam di arab dan beliau penentang kezaliman turki utmaniyah..
      anak2 syarif hussein ni ditabal jd raja kt JORdan(raja Abdullah dan di Iraq (raja Faisal)yg digulingkan oleh saddam Hussein dgn bantuan amerika.. walaupun anon 11.50 ckp yg Raja di Arab berketurunan rasulullah,tp adakah iman tu dpt diwarisi?? di Iraq sendiri dimana sms raja Faisal jd Raja pertma, beliau byk melakukan kemaksiatan shingga tercetus revolusi oleh saddam hussein.. agong sekarang ada susur galur baginda ke? haha kalau susur galur dr arab mmg ade..

      sejarah sierra leone? hehee.. nmpaknyer saudara yg perlu baca balik sejarah sierra leone tu.. bc dr buku yg ditulis oleh pnkaji sampai habis, ahli akademik malaysia spt Prof. dr Qasim ahmad ada menulis ttg sierra loene ni.. sejarah sierre leone ni lebih kpd strategi politik antarabgsa.. bagaimana kita nk tonjolkan negara di mata dunia.

      #sistem beraja berparlimen hanya terbaik dlm buku teks sekolah di malaysia je.. ish2 ...

      Delete
    8. hahahah anon 11:50 macai BN..
      org2 mcm ni mmg sokong perlantikan pemimpin dr geng2 deorg bukan dr rakyat... lu ckp ulama skrg xpentingkan ummah,tp adkh pemimpin malaysia pentingkan ummah?? inilah akibat tpegaruh dgn blog macai bn ,tgok buletin seks tv3 ,bc kitab utusan...

      -roy-

      Delete
    9. sokong anon 11:17 dan anon 12:12!!

      -roy-

      Delete
    10. typo/pembetulan: keturuanan king Faisal yg byk wat maksiat..sbb tu Saddam Hussein cetus revolusi kt iraq..
      tp saddam hussein pon 2*5 je lepas pegang jawatan...

      Delete
    11. sedih.. sejarah membuktikan pemimpin melayu dulu lebih mengagungkan barat. Kesannya, kapal perang dr hasil titik peluh org islam digunapakai utk menzalimi org islam balik.. dah la menghalang kebangkitan umat, dijadikan sasaran latihan pengebom pulak.. maruah tergadai agama dipijak2.. penghinaan buat umat islam khusus d malaya

      Delete
  8. skola aku Victoria Institution
    Bangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sekolah tamil lg bangga

      Delete
    2. ak sekola Tunas Bakti
      bangga la

      Delete
  9. kaum cm ko nie admin yg buat rosak bahasa, eja je lah "educational" tu elok2, yg ko nk melayukn tu nape, rosak bahasa melayu, rosak bahasa inggeris..tgk tajuk trus aku xde mood nk baca ape ko tulis panjang2 nih, bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan selamanya melayu dibodokan cth dekat mcm atas ni

      Delete
    2. apa itu eja ? je ? lah ? ko ? nape ? xde ?

      tidak rosak pula bahasa melayu apabila digunnakan perkataan-perkataan seperti diatas wahai tuan Anon ?

      dasar melayu hipokrit puih !

      Delete
    3. Kalau ye pon nak kutuk, reti guna computer kan? Tau macam mana format typing kan? Cakap orang lebih. Format pon terabur. Puih.

      Delete
    4. saya mahu bisjut oyeo

      Delete
    5. sebb tu ko bodoh... bc panjang2 xnak...
      bangang bodoh!!

      Delete
  10. harap kapal selam 2nd hand scorpene x jdi cam kapal ni....

    ReplyDelete
  11. dah banyak berjasa last-last jadi target practice je?paling koman buat la jadi muzium

    ReplyDelete
  12. Finally,edukesyenel sebenar kembali.

    ReplyDelete
  13. loceng tu hari2 aku tengok....

    ReplyDelete
  14. power obe...berilmiah sggh post ko kali ni..

    ReplyDelete
  15. worth every words...
    not tl;dr...

    ReplyDelete
  16. jangan macam macam. biar satu macam

    ReplyDelete
  17. sedih, raja2 Melayu hadiahkan senjata utk digunakan bagi memerangi umat Islam... satu kesilapan, bukan kebanggaan...Al-Fatihah utk yg terkorban akibat bedilan HMS Malaya

    ReplyDelete
  18. sek dulu cikgu tak ajar buat summary ke banggang? dh cam baca novel la plak

    ReplyDelete
  19. Bermula dari tahun 1924 hingga kini, kaum kuffar bekerja 24 jam sehari bagi memastikan umat Islam tidak kembali bersatu di bawah Khilafah, seperti
    diungkapkan oleh Lord Curzon:

    “We must put an end to anything which brings
    about any Islamic unity between the sons of the
    Muslims. As we have already succeeded in
    finishing off the Khilafah, so we must ensure
    that there will never arise again unity for the
    Muslims, whether it be intellectual or cultural
    unity… The situation now is that Turkey is dead
    and will never rise again, because we have
    destroyed its spiritual strength, the Khilafah and
    Islam”

    Berjayanya barat dalam menjadikan ummat islam hari ini sehingga tidak kenal kepada khalifah2 mereka.. Sehingga mengclaim khalifah sbgi zalim.. Cakap aku kurang membaca. Aku rasa kau yg patut perbanyakkan bacaan..

    ReplyDelete
  20. Hipokrit je semua ni.
    Kalau nak sangat Khalifah, kenapa duk depan laptop tu je?

    Hakikatnya, kamu semua suka sistem Barat.

    Sistem Islam kan kolot, lembab.

    Aku cabar mana2 yang nak tegakkan sistem Khalifah pergi berdemonstrasi atas jalan raya., Takkan ada punya, yang korang tau demonstrasi BERSIH, itu pun sebab nak tegakkan sistem KAFIR! hahahahahaha

    Bodoh umat Islam ni, cakap tak serupa bikin.

    Hidup sistem KAFIR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau nk sarcasm tu pun hati2 sket.. ada pulak ckp mcm tu.. boleh rosak akidah

      Delete
  21. @Zack Hanz... Khilafah dan Shariah Movement dah lama bergerak di seluruh dunia. Bahkan di Malaysia dan seluruh Nusantara, bersepah pejuang2 khilafah dan syariah. Tinggal kau je yg tak sedar akan kehadiran mereka.. Antara movement yg paling menonjol saat ini adalah mereka2 dari jemaah Hizbut Tahrir.. Mereka adalah parti politik dakwah, yg sentiasa memuhasabah seluruh ummat islam di sekitar mereka agar kembali bersatu atas akidah Islam utk mendirikan kembali System Khilafah dlm system pentadbiran daulah dan menerapkan syariat islam sbgi ideology ummat islam. Aktiviti mereka adalah memuhasabah ummat dan membina ummat ini agar kembali kepada islam yg kaffah..

    Pengaruh mereka juga agak kuat. Uth pengetahuan anda semua, mereka memainkan peranan yg besar di sebalik Revolusi Syria.. Tambahan di belakang Jabhat Al-Nusrah adalah mereka2 dr Hizbut Tahrir.. Di Palestine, keanggotaan mereka adalah lebih ramai dari Brigade Al-Qassam. Di Malaysia pula, mereka seringkali melakukan seruan di Masjid Negara selepas solat jumaat. Di sini, mereka terkenal dgn flyer yg mereka panggil Sautan Nahdah yg mereka edarkan sebelum dan selepas solat jumaat. Selain itu mereka rajin melakuhan forum/ceramah disekitar semenanjung dan juga Sabah. Nak tahu aktiviti dan info selebihnya, rujuk www.mykhilafah.com

    Actualy aku nk sampaikan, disini tiada siapa yg hipokrit.. Aku percaya setiap dari kita sayangkan islam. Cuma mungkin pendekatan dan cara dakwah kita utk memenangkan islam itu adalah berbeza2.. Dan kita pun bukannya duduk depan laptop memanjang.. Di luar berdakwah, di alam maya pun berdakwah juga. Dimana ada peluang dakwah, disitu kita berada..

    ReplyDelete
  22. @Anonymous 23:25
    ko sungguh hipokrit prasaan sangka diri bagus dari orang lain...jangan ada sifat takkabbur...

    kalau betul movement ni kuat seperti yang ko cakap, umat islam xkan ditindas di serata dunia skrg ni, negara2 arab pun dh lama bersatu... you guys are just posers!

    when people tlk about religion, arrogance tend to come along with it...which usually doesnt end very well...

    ReplyDelete
  23. Anon 11:22, aku rasa ko ni orang yang sentiasa negative dan prajudis.. Ko ni mesti hidup kurang kasih sayang. Ko rasa semua benda tak kena, semua benda tak betul.. Plus ko ni mesti jenis orang yang tak penah rasa cukup. Ko akan salahkan semua perkara yang ko tak puas hati. Aku jumpa ramai dah orang macam ko ni.. Retard doh orang macam ko ni...

    Apa masalahnya dengan movement tu..?? Aku rase Anon 23:25 tu cakap elok je. Info yg bergune jugak untuk mereka yang tak tahu. Aku bce info die, baru la aku tau ada entiti yang opposite kepada fremason.. Ada jugak movement yang boleh counter iluminati.. NWO vs Khilafah.. Owsem doh...!!

    ReplyDelete
  24. sokong Anon 16:07, wei Anon 11:22 ko kata org len hipokrit atau diri sendiri yg hipokrit? bukan pulak nk sapot org wat baik tp nk bg condem lg.. typical hater

    ReplyDelete
  25. semang ngan zaibo pagi2 goyang loceng kasi bangun budak hostel

    ReplyDelete
  26. Dekat bawah bridge HMS malaya ada jata FMS besar gila.. dengan moto bertulis dalam tulisan jawi purba "di pelihara Allah" .. HMS malaya bertempur 1 vs 8 di jutland berjaya mengelak dengan cekap dan hanya menerima lapan tembakan sahaja... semasa pertempuran HMS malaya mengibarkan bendera FMS sebesar penyepak gajah sambil menembak meriam 15 inci ke arah kapal jerman.

    "di pelihara Allah"

    http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=38&id=22403&Itemid=337

    ReplyDelete
  27. Bantu buat Kartu Kredit dan Kta BANK ANZ 5-500 jt di manapun anda berada di seluruh pelosok nusantara dana instant tanpa jaminan 100% berkas aman cukup fc ktp.slip gaji/skp kartu kredit limit min 5 jt usia 1 th npwp dan cover tabungan . khusus karyawan gaji min 5 jt perbulan. proses maks 10 hari kerja.bunga 1.5%-1.89%. tenor sampai 5 tahun bila berminat hub chairul sarto utomo via sms telp 0852293...48635. 085712639751 whatshapp 08883932980 fb chairul ichsan buana
    alamat kantor Jl. Pandanaran No. 47
    Semarang 50243 GEDUNG BANK ANZ LANTAI DUA
    DANA TUNAI dan kartu kredit bank anz PENUHI SEGALA KEBUTUHAN ANDA , KARYAWAN ATAU OWNER BUAT NAMBAH MODAL USAHA,PERNIKAHAN,PENDIDIKAN,RENOVASI RUMAH DLL PROSES MUDAH,CEPAT MAKSIMAL 10 HARI KERJA DANA LANGSUNG DI TRANSFER KE REKENING ANDA DIMANAPUN ANDA BERADA DI SELURUH PELOSOK NUSANTARA
    ALAMAT KANTOR DI GEDUNG BANK ANZ SEMARANG untuk divisi pemasaran kami bertempat tinggal di JL lamper sari 14 no 10 semarang

    MARKETING CHAIRUL SARTO UTOMO
    info detail bisa lihat di danaimpiankita@blogspot.com

    pin bb : 75E8E26B

    ReplyDelete
  28. Melayu .. ambillah pengajaran dari sejarah

    ReplyDelete
  29. melayu bermasalah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails