Tuesday 19 March 2013

Serius - Heinkel He 111 Zweitung : Pesawat Kargo Kembar Siam Jerman (12 Gambar)


Heil Siamese Plane!

Heinkel He 111 Zweitung ialah pesawat aneh yang direka oleh jurutera Nazi untuk digunakan Luftwaffe ketika Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan dengan menggabungkan dua pesawat pengebom Heinkel He 111 untuk menjadi sebuah pesawat yang kelihatan seperti sepasang kembar siam. Tujuan utama Heinkel He 111 Zweitung dihasilkan ialah bagi menjadi pesawat yang menarik pesawat peluncur Messerschmitt Me 321 Gigant yang pada ketika itu merupakan pesawat tanpa enjin terbesar dunia. Kerana saiz Gigant yang besar, pesawat kargo yang sedia tidak mampu menariknya untuk diterbangkan. 

Heinkel He 111 Zweitung diperkasakan oleh 5 enjin berkuasa 1360 kuasa kuda. Sungguhpun ia merupakan dua pesawat yang digabungkan menjadi satu, hanya kokpit sebelah kiri pesawat mempunyai sistem kawalan. Kokpit pada pesawat sebelah kanan tidak dilengkapi apa-apa. Selain menjadi pesawat kargo bagi menarik Gigant, Zweitung juga direka supaya boleh digunakan sebagai pesawat pengebom anti perkapalan. Sungguhpun begitu ketika perang dunia kedua ia tidak digunakan sebagai pengebom kerana kekurangan jumlah pesawat. Hanya 10 pesawat kembar siam ini dibina bagi kegunaan penarik pesawat peluncur. Semasa perang kesemua Zweitung dimusnahkan oleh serangan tentera berikat.

Yang kelakar ialah sungguhpun direka untuk menarik Messerschmitt Me 321 Gigant, ketika ujian dilakukan Zweitung gagal melakukan tugasan ini. Pihak Nazi terpaksa memasang sistem roket bagi menambahkan tujahan Zweitung bagi membolehkan ia menarik Gigant.

Heinkel He 111 Zweitung bukan satu-satunya pesawat kembar siam yang pernah dicipta. Kami akan paparkan beberapa lagi pesawat aneh sebegini di masa hadapan



Laporan asal Wikipedia dan WW2 Vehicle

7 comments:

  1. punca kegagalan pesawat ini adalah kerana anwar.

    ReplyDelete
  2. oi obepig..mana wa pnye komen?cb delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. u tak sukak u keluar

      -obepig

      Delete
    2. you cakap lagi i saman u ..haram sungguh!!!..

      Delete
  3. Pesawat Gigant, Zweitung yg nk ditarik tu cmne rupa bentuk dia????

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails