Apakah yang telah terjadi kepada Power Rangers? Gambar dibawah ialah Hikonin Sentai Akibaranger, siri terbaru Power Ranger yang mula disiarkan di Jepun 4April lalu. Ianya siri Super Sentai yang cuba memberi nafas baru kepada francais Power Ranger yang sudah wujud berdekad lamanya. Hikonin Sentai Akibaranger dibuat khas untuk menarik minat golongan Otaku dan Animefags. I guess that would explain the super weird costume. Tapi seriously kenapa costume Hikonin Sentai Akibaranger pelik gila.
Sekiranya anda hendak tahu di Korea Selatan baru sahaja selesai menjalakan pilihanraya umum mereka. Antara perkembangan menarik PRU terbaru ini ialah perlantikan seorang imigran menjadi ahli parlimen. Imigran tersebut ialah Jasmine Lee, seorang wanita yang berasal dari Filipina yang kini menjadi warga negara Korea Selatan. Perlantikan beliau mendapat tentangan yang berbaur perkauman di laman sesawang. Jasmine Lee berkahwin dengan seorang warga Korea sebelum menjadi warga negara. Beliau terkenal dengan usaha beliau untuk memperbaiki taraf hidup dan layanan terhadap tenaga kerja asing terustamanya yang berbangsa Filipina. Warga Korea yang rasis menganggap kemenangan beliau dibawah tiket Parti Saenuri akan menyebabkan hak Kpopputera tercabar. Mereka merasa terancam dengan kehadiran lebih 1.2 Juta pekerja asing di tanah tumpah Kimchi mereka.
Soal perkauman sebegini bukanlah sesuatu yang baru di Korea. Sejak dua menjak ini sentimen anti Amerika, Jepun dan China semakin menebal. Warga Korea marah dengan Amerika kerana dikatakan membuli ekonomi mereka. Mereka marah dengan Jepun kerana Jepun menjajah mereka suatu ketika dahulu dan terkini berlaku perbalahan tentang hak milik kepulauan Dokdo/Takeshima. Mereka juga berbalah tentang penggunaan nama "Lautan Jepun" yang merka mahu dinamakan semula ke Lautan Timur. Akhir sekali mereka benci dengan orang Cina kerana dikatakan bangsa jahat dan gemar melakukan jenayah. Sejak dua menjak ini media Korea memaparkan kes pembunuhan rakyat Korea di tangan warga Chinese-Koreans. Di Korea Selatan warga Chinese-Korean dipandang seroang macam kita memandang rendah kepada Indo.
Pihak ekstremis kenegaraan dan Kpopputera bertegas bahawa mereka yang bukan berdarah Korea (walaupun warganegara Korea berketurunan Cina, Jepun etc etc) tidak layak diberi layanan sama rata seperti Kpopputera. Mereka sangat respek kepada pendekatan Nicholasa Sarkozy di Perancis yang mahu mengurangkan jumlah imigran dari Afrika Utara untuk masa depan warga Perancis.
Sangat terkejut juga bila membaca berita ini kerana di Malaysia ramai MELEIS yang mendewakan Korea. Adakah mereka tahu sentimen perkauman yang semakin menular di negara asal bintang Kpop mereka?
On a side note siapa sangka di Korea juga ada pergerakan seakan PERKASA yang mahu hak istimewa diberikan kepada PRIBUMI KOREA. LOL. I think PERKASA dan pihak ekstremis bangsa Korea boleh comolot.
Thierry Mugler ialah antara pereka fesyen terkenal didunia. Rekaan beliau menjadi pilihan supermodel ternama ketika dekad 90-an. Mugler kini mempelbagaikan payung perniagaan beliau dengan mereka benda lain selain fesyen. Mugler Spire Boat ialah sebuah konsep bot mewah rekaan beliau dan ianya mempunyai rekaan seakan-akan sebuah Batboat. Bot ini mempunyai dua buah enjin dengan 350 kuasa kuda dan ianya mampu bergerak pada kelajuan 70 batu sejam.
Antara benda paling menjengkelkan tentang memandu di Kuala Lumpur ialah masalah kesesakan lalulintas ketika waktu puncak. Kejengkelan ini pasti menjadi lebih serius sekiranya pada ketika itu anda terasa hendak menyahtinja. Luckily most of the time jalan di Malaysia banyak stesen minyak. Tak pernah lagi dalam sejarah aku memandu aku terpaksa melepaskan sisa tinjaan cecair maupun pepejal ditepi jalan seperti seorang gelandangan. Di China lain pula ceritanya. Kalau anda masih ingat tahun lalu ada kes kesesakan lalu lintas yang ekstreme dimana pemandu tersekat didalam kesesakan selama 3 hari. Ramai pemandu dan penumpang mereka terpaksa menyahtinja ditepi jalan. Ini memberikan idea kepada seorang pereka untuk menghasilkan tandas terbina dalam kerusi kereta. Buat masa ini tandas ini hanya boleh digunakan untuk kencing. Better than nothing right?