Goodbye Pocket I don't often put up fashion stuff but when I do it is because they are awesome. Berikut ialah rekaan gaun perkahwinan wanita yang dihasilkan oleh Berta Bridal. Gaun rekaan Berta Balilti ini membawakan perubahan besar kepada rekaan gaun perkahwinan yang agak bosan. Beliua menggabungkan rekaan sensual yang menunjukkan kecantikan pemakai dengan kain renda dengan rekaan floral. The bad news is guys, gaun rekaan beliau kini hot stuff dan good luck buying them. Kalau dapat beli sekalipun expect pocket akan meletup. You have to admit these are really amazing dresses.
Magik! Di Malaysia kita ada Malaysia Book of Records dengan rekod "menarik" seperti kek terpanjang, susunan cup cake menjadi logo uni terbesar dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah DOJ Amerika Syarikat. Kini kita ada satu lagi pemegang rekod bertaraf dunia iaitu bertukar baju paling banyak dalam masa 60 saat. Pasangan magik Avery Chin dan Sylvia Lim memecahkan rekod yang dipegang oleh mereka sendiri baru-baru ini. Tahniah.
Kemampuan grafik 3D banyak berubah sejak ia digunakan di dalam filem TRON pada tahun 1982. Kemampuan grafik sekarang sangat tinggi sehingga kadang kala sukar untuk mata membezakan yang manakah asli dan manakah kesan khas. Di bawah ialah seni 3D watak dari komik DC yang dihasilkan oleh Per Haargensen. I mean seriously look at them.
Winter is Coming Game of Thrones ialah siri yang paling hangat di kaca TV sekarang. Setiap minggu ia menjadi siri yang paling banyak dimuat turun secara haram menerusi Bittorent. Musim ke 6 baru sahaja selesai dan tinggal lagu dua sahaja musim sebelum kesemuanya berakhir. Di bawah ialah gambar komposit watak utama GoT dan wajah pelakon sebenar di luar set. Ia dihasilkan oleh Gianfranco Gallo, seorang artis yang berasal dari Salerno Italy. Top work
Mengumpul poster filem ialah hobi kami sejak di bangku sekolah. Tetapi kadang kala ada poster yang kami rasakan artwork lebih cantik sekiranya tidak "dikotori" teks tajuk filem itu tersendiri. Sebagai contoh ialah poster untuk filem Pulp Fiction. As you can see the base art is awesome in itself. Ini ialah koleksi 10 poster klasik with only the art.
Future Kenderaan pemanduan automatik ialah masa depan industri permotoran. Semakin banyak pengeluar mempunyai sistem pemanduan automatik mereka sendiri dengan TESLA sebagai peneraju pasaran. Selain pemanduan automatik, kenderaan elektrik juga dijangka wujud dalam jumlah yang lebih besar bagi mengurangkan pencemaran. Renault Trezor ialah kenderaan konsep yang diperlihat di Paris Auto Show. Kenderaan konsep ini mempunyai sistem pemanduan automatik dan 100% elektrik. Tubuh dan kasis kenderaan diperbuat daripada gentian karbon bagi mengurangkan berat. Menarik sekali kenderaan ini tidak dilengkapi pintu. Sebaliknya keseluruhan atap terbuka seperti clamshell kerana Lamborghini door is too mainstream now.
Bismillah. Lif dipercayai sudah wujud sejak 236 Sebelum Masehi dan direka oleh Archimedes. Lif zaman purba ini menggunakan kuasa manusia dan haiwan untuk menggerakkannya. Sejak dari itu pelbagai rekaan lif telah digunakan untuk mengangkut penumpang di dalam bangunan yang tinggi. Rekaan biasa yang dilihat ialah lif dengan satu kabin yang bergerak dan berhenti pada tingkat yang dikehendaki. Paternoster ialah sejenis lif yang bergerak sepanjang masa dan hanya digunakan oleh mereka yang berani mati. Ia dipatenkan pada tahun 1884 oleh Peter Hart, seorang jurutera di England. Sistem Paternoster membolehkan lebih banyak penumpang naik dan turun dengan kelajuan 0.3 meter sesaat. Masalahnya ialah lif yang tidak berhenti mendedahkan penumpang kepada pelbagai bahaya yang mengundang maut. Oleh sebab itu pemasangan baru lif ini dihentikan sekitar 1970an.
Terdapat beberapa Paternoster yang masih berfungsi di dunia kebanyakannya di Jerman.Menurut Wikipedia terdapat sebuah Paternoster dipasang di Hospital Kuala Lumpurpada tahun 1967. Kamidifahamkan ia digantikan dengan lif konvensional sekitar tahun 2007.What a shame we missed the chance to use it
iTouch Komputer Windows dengan skrin sesentuh telah wujud di pasaran dalam jumlah yang banyak sejak tiga tahun yang lalu. Teknologi skrin sesentuh kini sudah cukup matang dan majoriti pengguna sudah tidak canggung menggunakan antaramuka dengan sesentuh. Ini adalah kerana kita menghabiskan berjam-jam lamanya menggunakan peranti pintar mudah alih. Komputer Macintosh masih belum menggunakan teknologi ini. Sistem operasi Mac OS X tidak direka untuk digunakan dengan sentuhan jari. Selagi ini tidak dilakukan,selagi itulah MacBook, Mac Pro dan iMac akan hanya boleh digunakan dengan trackpad, papan kekunci serta tetikus. iMac Flow ialah konsep iMac dengan skrin sesentuh serta sistem imbasan cap jari terbina pada bahagian tapak. Ia mengekalkan rekaan klasik iMac Sir Jony Ive dengan penggunaan teknologi yang lebih abad ke-21. Konsep ini dihasilkan oleh Herman Haydin seorang artis dari Ukraine. Looks good.