Saturday 19 March 2016

Serius Cool - Nike HyperAdapt 1.0 - Kasut Mengikat Secara Automatik Back To The Future II Kini Realiti (11 Gambar)


Back To The Past

Mengikut filem Back to The Future II tahun lalu kita sudah mempunyai kereta terbang, papan apung berkuasa roket, pizza mikro yang masak dalam masa 10 saat dan kasut yang mengikat dengan sendiri. Setakat ini hanya satu sahaja menjadi realiti apabila Nike menghasilkan Nike Mag edisi terhad tahun lalu.

Rekaan kasut Nike Mag ini adalah tidak praktikal untuk kegunaan di dunia sebenar dan hanya dihasilkan sebagai membantu mengumpul dana penyakit Parkinson pelakon Michael J Fox. Hari ini Nike melancarkan HyperAdapt 1.0, kasut yang mengikat secara automatik dengan rekaan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Kasut ini mempunyai sensor pada bahagian tumit yang mengesan kaki pemakai. Apabila ia ditekan sistem tali akan mengetat secara automatik. Terdapat dua butang pada kasut untuk melonggarkan atau mengetatkan lagi tali untuk keselesaan pemakai. Seperti Nike Mag, HyperAdapt 1.0 turut mempunyai lampu terbina pada bahagian tumit dan tapak kasut. Kasut ini hanya akan dijual kepada ahli Nike+ pada penghujung tahun ini. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi dijangka jauh lebih murah berbanding Mag yang mencecah $6000 sepasang.





 

6 comments:

  1. PM ME 0167137382

    ReplyDelete
  2. Admin terlupa satu, Kereta terbang memang dah ada, dicipta oleh syarikat Rinspeed, boleh tempah ikut bentuk macam mana kita nak, Harga serendah bermula dari RM857,000.00.

    ReplyDelete
  3. Perkhidmatan Komputer, internet, FOTOSTAT, binding, laminate, scan dll. Sms / WA: 017 - 6543 857

    ReplyDelete
  4. Nike Hyperadapt 1.0 memang TERBAIK!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails