Tuesday 13 January 2015

Serius Cool - Sistem Rel Untuk Mengangkut Kapal DiTerusan Elbląg Poland (12 Gambar)


Awesome

Di Poland ada Terusan Elbląg yang mempunyai sistem pemindahan kapal yang unik. Terusan yang dibuka pada tahun 1860 ini menggunakan sistem rel keretapi untuk menaikkan dan menurunkan kapal dari tali air yang mempunyai ketinggian berbeza. Sistem pintu air yang biasanya digunakan untuk terusan untuk pemindahan kapal tidak boleh digunakan kerana perbezaan aras air yang terlalu tinggi. Empat sistem rel keretapi digunakan di Terusan Elbląg  bagi menaikkan kapal setinggia 100 meter secara berperingkat. Kerana sistem yang digunakan unik, Terusan Elbląg dianggap antara 7 keajaiban Poland. Pada asalnya terusan ini dibina bagi tujuan perindustrian tetapi kini ia hanya digunakan sebagai tarikan pelancong. Ini memang sistem mengangkut kapal yang unik dan juga cool.




Sumber Atlas Obscura

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails