Tuesday 27 January 2015

Serius - Penulis OKU Menaip Novel Menggunakan Kaki


Tabah

Setiap hari kami menghabiskan lebih dari 10 jam menaip dari pejabat. Kerjaya sebagai penulis ini memerlukan tangan yang pantas, bontot tahan kebas dan minda yang kreatif. Aset paling penting kami ialah jari dan tangan. Kalau tak ada sukarlah untuk menaip. Tetapi bagi Hu Huuiyuan (21) beliau tidak menjadikan tangan yang tidak berfungsi untuk menghalang impian beliau untuk menulis novel. Gadis yang berasal di Provinsi Anhui ini mengidap penyakit Cerebral Palsy. Akibatnya hanya kaki kiri beliau sahaja boleh digerakkan dan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda. Beliau kini menaip sebuah novel dengan menggunakan kaki kiri. Hu Huiyuan sudah menderita penyakit ini sejak berusia 10 bulan selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Sungguhpun mengalami kesukaran beliau masih mampu menaip 20 perkataan seminit dan sudahpun menyiapkan 6 bab novel beliau. Ini memang ketabahan sebenar. Jadi jika seorang OKU boleh menaip novel dengan sebelah kaki, apa alasan anda menaip AKU sebagai AQ dan SAYANG sebagai CAYUNK macam seseorang yang tidak pernah lulus darjah 1? If you can type properly type it properly you lazy bums! 



Sumber Shaanghaist

2 comments:

  1. Fisrt nigga ciken shizbit!

    ReplyDelete
  2. abeh yg ko typo tahap fakap wat dehel tu pa hal?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails