Ibu Mithelli Sudah hampir tiga tahun kami menjadi bapa kepada seorang puteri berumur 3 tahun. Anak kami ini comel tetapi nakal tahap maysallah. Inilah cabaran apabila anda ingin menjadi seorang ibu bapa. Anak anda akan sentiasa cuba membuatkan anda marah. Tetapi bagi Iris Hernandez Rivas (26) yang berasal dari Maryland Amerika Syarikat, kesabaran bukanlah skill yang wujud dalam tubuh beliau.
Iris ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membunuh anak beliau berusia empat tahun. Beliau didakwa menendang anak beliau setelah si kecil enggan memberus gigi. Kerana tendangan yang kuat si anak mengalami kecederaan pada bahagian otak dan hati. Iris cuba menyorokkan penderaan ini dan mendakwa anak beliau terjatuh di dalam kolam mandi. Pihak doktor menemui lebam dan kecederaan yang tidak konsisten dengan cerita Iris. Si anak dirawat di hospital selama lima hari sebelum meninggal dunia 1 Februari yang lalu. So kids. If you don't have the minerals to raise a child. Please wear a condom!
Meowrth That's Right Kucing bagi golongan urban bukan lagi dipandang sebagai sekadar haiwan belaan. Bagi mereka kucing yang ditatang dari kecil adalah sebahagian dari ahli keluarga dan dilayan setanding manusia. Oleh itu tidak mengejutkan semakin banyak hotel untuk kucing mula dibuka di Ibu kota. Catzonia Hotel ialah hotel lima bintang (or it is lima catnips?) mewah khas untuk neko yang terletak di Damansara Perdana. Si kucing akan dibelai manja seperti seekor VIF, very important feline. Bilik khas dengan sistem CCTV disertakan bagi membolehkan tuan melihat kucing mereka terus menggunakan telefon pintar apabila berjauhan. Harga penginapan semalam di hotel kucing ini bermula dari RM25. Not bad.
Harambe. Panggung wayang dengan bantal empuk sudah wujud di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh Tanjung Golden Village menawarkan panggung Beanieplex yang membenarkan penonton berbaring selesa seperti di ruang tamu rumah sendiri.
Di Palembang Indonesia panggung wayang CGV menawarkan panggung mewah dilengkapi katil empuk dan selimut. Panggung ini akhirnya di tutup selepas diserbu oleh timbalan Datuk Bandar Fitrianti Agustinda. Beliau mahu kesemua katil digantikan dengan kerusi biasa bagi mengelakkan pengguna berzina dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Pihak CGV pula memohon supaya pihak berkuasa memberikan mereka pelepasan kerana panggung mereka mendapat sambutan hangat dari kalangan keluarga yang mahu menonton dengan selesa. Pada waktu yang sama sistem kamera CCTV di dalam panggung dapat mengesan pasangan yang mungkin ini melakukan aktiviti tidak senonoh. Diharap di Malaysia pihak berkuasa lebih rasional dan tidak menutup panggung wayang seperti Beanieplex atas sebab agama.
Filem Ghost In The Shell akan hadir tahun ini selepas bertahun dalam pembikinan. Watak The Major akan dilakonkan oleh Scarlett Johansson dan dari trailer yang diperlihatkan filem ini akan menggabungkan elemen dari animasi GITS dan siri TV yang dihasilkan. Figura aksi untuk Major Motoko dan Robot Geisha dihasilkan oleh Weta Workshop. Kedua-dua figura ini boleh dimiliki pada harga $449 (RM 2008) sebuah.
Goodbye Pocket I don't often put up fashion stuff but when I do it is because they are awesome. Berikut ialah rekaan gaun perkahwinan wanita yang dihasilkan oleh Berta Bridal. Gaun rekaan Berta Balilti ini membawakan perubahan besar kepada rekaan gaun perkahwinan yang agak bosan. Beliua menggabungkan rekaan sensual yang menunjukkan kecantikan pemakai dengan kain renda dengan rekaan floral. The bad news is guys, gaun rekaan beliau kini hot stuff dan good luck buying them. Kalau dapat beli sekalipun expect pocket akan meletup. You have to admit these are really amazing dresses.
Magik! Di Malaysia kita ada Malaysia Book of Records dengan rekod "menarik" seperti kek terpanjang, susunan cup cake menjadi logo uni terbesar dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah DOJ Amerika Syarikat. Kini kita ada satu lagi pemegang rekod bertaraf dunia iaitu bertukar baju paling banyak dalam masa 60 saat. Pasangan magik Avery Chin dan Sylvia Lim memecahkan rekod yang dipegang oleh mereka sendiri baru-baru ini. Tahniah.