Sunday, 9 October 2016

Serius Cool - 20 Gaun Perkahwinan Rekaan Berta Bridal Yang Menakjubkan



Goodbye Pocket

I don't often put up fashion stuff but when I do it is because they are awesome. Berikut ialah rekaan gaun perkahwinan wanita yang dihasilkan oleh Berta Bridal. Gaun rekaan Berta Balilti ini membawakan perubahan besar kepada rekaan gaun perkahwinan yang agak bosan. Beliua menggabungkan rekaan sensual yang menunjukkan kecantikan pemakai dengan kain renda dengan rekaan floral. The bad news is guys, gaun rekaan beliau kini hot stuff dan good luck buying them. Kalau dapat beli sekalipun expect pocket akan meletup. You have to admit these are really amazing dresses.


Serius Cool - Pasangan Magik Dari Malaysia Pemegang Rekod Bertukar Baju Paling Banyak Dalam Masa Seminit


Magik!

Di Malaysia kita ada Malaysia Book of Records dengan rekod "menarik" seperti kek terpanjang, susunan cup cake menjadi logo uni terbesar dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah DOJ Amerika Syarikat. Kini kita ada satu lagi pemegang rekod bertaraf dunia iaitu bertukar baju paling banyak dalam masa 60 saat. Pasangan magik Avery Chin dan Sylvia Lim memecahkan rekod yang dipegang oleh mereka sendiri baru-baru ini. Tahniah.


Serius Kreatif - Seni 3D Adiwira DC Yang Realistik Oleh Per Haargensen (10 Gambar)


Damn

Kemampuan grafik 3D banyak berubah sejak ia digunakan di dalam filem TRON pada tahun 1982. Kemampuan grafik sekarang sangat tinggi sehingga kadang kala sukar untuk mata membezakan yang manakah asli dan manakah kesan khas. Di bawah ialah seni 3D watak dari komik DC yang dihasilkan oleh Per Haargensen. I mean seriously look at them.


Serius VS - 9 Watak Game of Thrones Dan Rupa Sebenar Mereka Di Dalam Satu Gambar


Winter is Coming

Game of Thrones ialah siri yang paling hangat di kaca TV sekarang. Setiap minggu ia menjadi siri yang paling banyak dimuat turun secara haram menerusi Bittorent. Musim ke 6 baru sahaja selesai dan tinggal lagu dua sahaja musim sebelum kesemuanya berakhir. Di bawah ialah gambar komposit watak utama GoT dan wajah pelakon sebenar di luar set. Ia dihasilkan oleh Gianfranco Gallo, seorang artis yang berasal dari Salerno Italy. Top work



Monday, 3 October 2016

Serius Cool - 10 Poster Filem Klasik Tanpa Sebarang Teks Tajuk


Art

Mengumpul poster filem ialah hobi kami sejak di bangku sekolah. Tetapi kadang kala ada poster yang kami rasakan artwork lebih cantik sekiranya tidak "dikotori" teks tajuk filem itu tersendiri. Sebagai contoh ialah poster untuk filem Pulp Fiction. As you can see the base art is awesome in itself. Ini ialah koleksi 10 poster klasik with only the art.


Serius Konsep - Renault Trezor : Kenderaan Elektrik Dengan Kemampuan Pemanduan Automatik (11 Gambar)


Future

Kenderaan pemanduan automatik ialah masa depan industri permotoran. Semakin banyak pengeluar mempunyai sistem pemanduan automatik mereka sendiri dengan TESLA sebagai peneraju pasaran. 

Selain pemanduan automatik, kenderaan elektrik juga dijangka wujud dalam jumlah yang lebih besar bagi mengurangkan pencemaran. Renault Trezor ialah kenderaan konsep yang diperlihat di Paris Auto Show. Kenderaan konsep ini mempunyai sistem pemanduan automatik dan 100% elektrik. Tubuh dan kasis kenderaan diperbuat daripada gentian karbon bagi mengurangkan berat. Menarik sekali kenderaan ini tidak dilengkapi pintu. Sebaliknya keseluruhan atap terbuka seperti clamshell kerana Lamborghini door is too mainstream now.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails