Monday, 14 December 2015

Serius Cool - Sari Dengan Rekaan Hibrid Kebaya Dan Cheongsam (8 Gambar)


Rojak

Malaysia ialah negara rojak dengan tiga kaum utama Cina, India dan UMNO. Di Singapura tiga kaum ini juga tinggal secara harmoni dan hormat menghormati walaupun tanpa Barisan Nasional. Saree Sense menghasilkan rekaan sari hibrid yang menggabungkan rekaan Kebaya Peranakan dan juga Cheongsam. Hasilnya ialah sari yang bukan sahaja cantik tetapi nampak fresh. Setiap sari di bawah dijual pada harga SG 300. Malang sekali semuanya sudah old out. 



Serius Cool - Macalister Mansion : Hotel Mewah Bertemakan Zaman Kolonial Di Pulau Pinang (15 Gambar)


Hotel Butik

Hotel Butik banyak di Pulau Pinang. Sebelum ini kami paparkan hotel Loke Thye Kee Residence yang merupakan bangunan rumah kedai zaman kolonial yang kini menjadi hotel mewah. Macalister Mansion ialah rumah agam zaman kolonial yang kini menjadi hotel mewah 8 bilik. Setiap bilik mempunyai temanya tersendiri. Rekaan klasik digabungkan dengan rekaan kontemporari untuk menjadikan Macalister Mansion sebuah hotel yang unik. Harga penginapan semalam bermula dari RM 827. Expensive but just look at the rooms and restaurant. Nampak sangat awesome.



Serius Cool - Paris Plages : Pantai Sementara Di Tengah-Tengah Kota Paris (12 Gambar)


Santai

Mat Salleh mempunyai satu kelemahan iaitu mereka tidak boleh melihat matahari. Pantas matahari panas tegak atas kepala mereka akan berubah menjadi biawak hidup dan melakukan mandian mentari. Aneh sekali kerana mandian air biasa di waktu pagi mereka malas gila nak buat sedangkan kejap sahaja jika dibandingkan dengan mandian mentari. Di Paris Perancis setiap Julai dan Ogos akan diadakan Paris Plages ataupun dalam bahasa ketuanan keris bermaksud "Pantai Paris". Sebahagian tebing Sungai Seine di Bassin de le Vilette akan berubah menjadi pantai buatan manusia. Acara tahunan ini telah dilakukan sejak 2002 bagi membolehkan warga Paris menikmati pantai dan mentarai walaupun jauh dari laut. 



Sunday, 13 December 2015

Serius Genius - 15 Teknik Solekan Mengubah Wajah Lelaki Ini Menjadi Seakan Selebriti Wanita Ternama


Awesome.

Paolo Ballesteros ialah jurumekap yag sangat berbakat. Beliau menggunakan teknik solekan untuk mengubah wajah beliau menjadi seperti selebriti ternama seperti Reese Witherspoon, Katie Holmes, Kim K, Angelina Jolie dan Anne Hathaway. Sila ikuti lebih banyak karya menarik beliau melalui laman Instagram beliau.



Serius Kreatif - Sekiranya Kenderaan Terbang Benar-Benar Menjadi Realiti (16 Gambar)


Back to The Future

Menurut Back To The Future sepatutnya sekaran kita sudah mempunyai kereta terbang. Malang sekali realiti tidak seindah fiksyen Robert Zameckis dan kereta masih berpijak di tanah milik Allah ini. Bagi Alejandro Burdisio ini tidak menghalang beliau dari menghasilkan lukisan fantasi dunia kereta terbang beliau sendiri. Pelukis dari Argentina ini membayangkan stesen minyak serta  keretapi yang turut terapung di udara. Sangat cool beans. 


Serius LOL - Jika Pemimpin Dunia Menggayakan Rambut Hipster Man Bun (11 Gambar)


Hipster

Fesyen rambut yang hangat di kalangan hipster lelaki ialah tocang ataupun Man Bun. Gaya rambut ini tidak sesuai untuk situasi formal. Jadi adalah kelakar apabila kami menemui gambar pemimpim dunia yang menggayakan rambut Man Bun ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Designcrowd. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails