Furniture in Disguise Tahun 2015 dan kita masih menantikan robot Transformers menjadi realiti. Dari sebuah robot mereka boleh berubah menjadi kenderaan beroda.Transformers mungkin fiksyen Habro tetapi Bookniture adalah realiti. Sekilas pandang bookniture kelihatan seperti buku yang diletakkan di para-para. Tetapi apabila dibuka ia boleh berubah menjadi tempat duduk dan juga meja. Apabila tidak digunkan ia boleh dikembalikan ke tempat letak buku tanpa disedari ianya perabot. Ia boleh menahan beban sehingga 170 kilogram. Bookniture masih cuba mengumpul dana untuk penghasilan skala besar. Harga sebuah Bookniture ialah USD 60.
Battle of Planet Namek Jalan cerita Goku ke Planet Namek untuk mendapatkan semua Mutiara Naga ialah jalan cerita yang paling best dalam manga Dragon Ball Z. Kita mengetahui asal usul Pikor dan juga menemui Fliza yang menakutkan. Bagi Juanpe of Jerez de la Frontera yang berasal dari Sepanyol jalan cerita ini menjadi obsesi beliau sejak 2008. Beliau menghasilkan miniatur buatan sendiri yang menunjukkan kejadian yang berlaku di Planet Namek. Ada miniatur Dewa Naga Namek. Ada Bezita membunuh Gold dan juga Fliza terbelah dua akibat dipancung Goku. Juanpe of Jerez de la Frontera sudah membina diorama bersaiz gergasi ini sejak 2008 dan mengaku masih belum siap menghasilkannya. Ini namanya pemina kipas mati sebenar. Tabah!
Chill Sebelum ini ada kami paparkan khemas tergantung dan tempat duduk tergantung. Kini ada kabin tergantung bagi memastikan anda boleh chillax di dalam ruang yang besar di atas pokok. Dom'Up ialah kabin sebesar 172 kaki persegi yang boleh digantung di atas pokok. Ia membolehkan anda mempunyai rumah pokok merangkap bilik tambahan yang tergantung. Nampak selesa dan chill. Ia dilengkapi ruang tidur tertutup dan juga anjung untuk melepak. Harga sebuah Dom'Up ialah Euro 25 000 (RM 100 000). Harga lebih mahal dari rumah kos rendah!
Wow Saya pasti ramai diantara pembaca Blogserius pernah melihat gambar-gambar terkenal seperti Tank Man Dataran Tienanmen dan Afghan Girl. Dua contoh gambar tadi dikenali seluruh dunia tetapi berapa ramai diantara anda mengenali rupa jurugambar yang mengambilnya? Di bawah ialah gambar beberapa jurugambar disebalik viewfinder yang mengambil gambar yang terkenal di seluruh dunia. Ianya karya Tim Matoani untuk siri buku beliau Behind Photographs: Archiving Photographic Legends. Amazing work. Aku kenal Steve McCurry sahaja pasal tonton dokumentari beliau mencari semula Afghan Girl selepas puluhan tahun foto diambil. You guys should watch it on YouTube.
Hipster Baq Ang Adakah anda hipster? Tak mahu pakai kamera digital kerana ianya tidak art dan pure. Pakai filem ataupun polaroid kerana ia lebih sesuai dengan jiwa proto Millennium anda? Get the fakaut bro kerana anda tidak sehipster Teresa Lim. Beliau menghasilkan projek Sew Wanderlust dimana instead of taking photos of places yang telah beliau lawati, beliau menyulam gambar tempat yang telah beliau lawatai. Hipster level literally AZN.