skip to main |
skip to sidebar
Saints Row The Third
Game Sainst Row terkini baru aje keluar. Aku tak main lagi pasal aku takde konsol tapi trailer game ini sangat bontot jahat
Jom curik idea dan konsep!
Candy Room ialah sebuah kedai gula-gula yang terletak di Melbourne Australia.Kedia sebesar 450 kaki persegi ini dibuka akhir tahun lalu dan mempunyai hiasan dalaman yang super comel. Ianya seolah-oleh sebuah lakaran anak-anak kecil dan memberikan mood cerita sekitar kedai. Time for kedai di Malaysia untuk copy this concept. Cepat! Cepat! NO harm in copying such a cool concept! Budak-budak pasti suka!
Pergh Kompleks
Mesin Antikythera ialah sebuah mesin purba yang dijumpai pada tahun 1900 berhampiran kepulauan Antikythera Greece. Ianya dipercayai merupakan contoh komputer analog terawal dalam sejarah terawal manusia dan dianggarkan dibina sekitar 10 sebelum masehi. Ianya dapat meramal kedudukan bintang Constellation dan fasa bulan pada tarikh-tarikh tertentu. Ini membenarkan pengkaji bintang purba melakukan pemerhatian jasad di angkasa dengan lebih mudah. Penemuan mesin Antikythera mengejutkan dunia arkeologi kerana pada ketika itu adalah dipercayai mesin sekompleks Antikythera tidak dapat dihasilkan oleh manusia pada zaman tersebut. Penyelam terkenal dunia Jacques Cousteau pernah berkata mesin Antikythera adalah lebih behrga dari Mona Lisa kerana ini menunjukkan bukti yang manusia purba yang kita aggap kun sebenarnya tidak. Ada yang mempercayai Antikythera ialah mesin ciptaan masyarakat Atlantis yang mempunyai peradaban yang lebih maju dari kita sekarang
Syarikat jam Mewah Hublot menghasilkan replika mesin Antikythera mereka pada skala kecil bagi menunjukkan kehebatan mereka dalam penghasilkan precision machine.

Kereta yang sesuai untuk Bruce Wayne
Wiesmann MF5 ialah kereta sports keluaran Wiesmann yang sudah 20 tahun menghasilkan kereta berjenama mereka tetapi menggunakan enjin BMW. Wiesmann MF5 dibawah ialah versi terkini dengan penaik tarafan enjin yang mampu menghasilkan 600 kuasa kuda. Top speed kereta ini ialah 193 Bsj (310 Kmj) dengan kemampuan 0-60 Bsj dalam masa 3.5 saat. Styling kereta ini seakan kereta Batman. Matte painting dan juga logo Batman pada ekzos. Harga sebuah masih belum ditetapkan tetapi dijangka mencecah Euro 184 000 (RM 793 000) sebuah
FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU! Can't be!
Doreaemon...................... is ....................................................... wtf?
Thanks Dr Bong for this video.
Seni dari gambar tubuh manusia
Angelo Musco ialah seorang artis kelahiran Naples, Italy. Beliau menggunakan gambar ribuan manusia bebogel yang disusun menjadi hasil seni yang sungguh surreal. This is too awesome to comprehend.