skip to main |
skip to sidebar
Toruk Makto
Filem Avatar yang ditayangkan di pawangan pada tahun 2009 membuka lebaran baru dunia perfileman. Ia mempopularkan semula filem 3D dan sejak dari hari itu kita membayar lebih untuk menonton wayang sambil memakai cermin mata 3D "yang amat cool dan selesa". Filem ini sudah berusia tujuh tahun dan Toruk Makto telah berjaya menghalau manusia dari planet Pandora. Taman tema terbaru Pandora : World of Avatar baru sahaja dibuka di Disney World Resort Florida.
Terdapat gunung terbang dari Hellujah Mountains dan flora & fauna eksotik dari planet Pandora. Selain daripada itu terdapat juga filem 3D yang membenarkan pelaway menaiki haiwan terbang dan perjalanan menyusuri Na'Vi River lengkap dengan rokot animatronik yang creepy bak neraka. Taman tema telah dibuka. Kini tiba masanya untuk kesemua manusia menjadi Toruk Makto.
Amazonian!
Princess Diana of Themyscira ialah nama sebenar Wonder Woman. Filem terkini dari DC ini sedang ditayangkan di bioksop berhampiran dan di rumah-rumah pemboikot rejim Zionis menerusi Kodi Player seluruh dunia. Untuk menyambut penayangan ini, figura aski Wonder Woman edisi latihan khas telah dihasilkan oleh Hot Toys. Wajah figura aksi ini amat realistik dan terdapat aksesori busur, panah, pedang dan perisai. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.
Ibu Mithelli
Sudah hampir tiga tahun kami menjadi bapa kepada seorang puteri berumur 3 tahun. Anak kami ini comel tetapi nakal tahap maysallah. Inilah cabaran apabila anda ingin menjadi seorang ibu bapa. Anak anda akan sentiasa cuba membuatkan anda marah. Tetapi bagi Iris Hernandez Rivas (26) yang berasal dari Maryland Amerika Syarikat, kesabaran bukanlah skill yang wujud dalam tubuh beliau.
Iris ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membunuh anak beliau berusia empat tahun. Beliau didakwa menendang anak beliau setelah si kecil enggan memberus gigi. Kerana tendangan yang kuat si anak mengalami kecederaan pada bahagian otak dan hati. Iris cuba menyorokkan penderaan ini dan mendakwa anak beliau terjatuh di dalam kolam mandi. Pihak doktor menemui lebam dan kecederaan yang tidak konsisten dengan cerita Iris. Si anak dirawat di hospital selama lima hari sebelum meninggal dunia 1 Februari yang lalu. So kids. If you don't have the minerals to raise a child. Please wear a condom!
Sumber Fox
Meowrth That's Right
Kucing bagi golongan urban bukan lagi dipandang sebagai sekadar haiwan belaan. Bagi mereka kucing yang ditatang dari kecil adalah sebahagian dari ahli keluarga dan dilayan setanding manusia. Oleh itu tidak mengejutkan semakin banyak hotel untuk kucing mula dibuka di Ibu kota.
Catzonia Hotel ialah hotel lima bintang (or it is lima catnips?) mewah khas untuk neko yang terletak di Damansara Perdana. Si kucing akan dibelai manja seperti seekor VIF, very important feline. Bilik khas dengan sistem CCTV disertakan bagi membolehkan tuan melihat kucing mereka terus menggunakan telefon pintar apabila berjauhan. Harga penginapan semalam di hotel kucing ini bermula dari RM25. Not bad.
Harambe.
Panggung wayang dengan bantal empuk sudah wujud di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh Tanjung Golden Village menawarkan panggung Beanieplex yang membenarkan penonton berbaring selesa seperti di ruang tamu rumah sendiri.
Di Palembang Indonesia panggung wayang CGV menawarkan panggung mewah dilengkapi katil empuk dan selimut. Panggung ini akhirnya di tutup selepas diserbu oleh timbalan Datuk Bandar Fitrianti Agustinda. Beliau mahu kesemua katil digantikan dengan kerusi biasa bagi mengelakkan pengguna berzina dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Pihak CGV pula memohon supaya pihak berkuasa memberikan mereka pelepasan kerana panggung mereka mendapat sambutan hangat dari kalangan keluarga yang mahu menonton dengan selesa. Pada waktu yang sama sistem kamera CCTV di dalam panggung dapat mengesan pasangan yang mungkin ini melakukan aktiviti tidak senonoh. Diharap di Malaysia pihak berkuasa lebih rasional dan tidak menutup panggung wayang seperti Beanieplex atas sebab agama.
Sumber Jakarta Coconuts
吾が舞へば、麗し女、酔ひにけり
Filem Ghost In The Shell akan hadir tahun ini selepas bertahun dalam pembikinan. Watak The Major akan dilakonkan oleh Scarlett Johansson dan dari trailer yang diperlihatkan filem ini akan menggabungkan elemen dari animasi GITS dan siri TV yang dihasilkan. Figura aksi untuk Major Motoko dan Robot Geisha dihasilkan oleh Weta Workshop. Kedua-dua figura ini boleh dimiliki pada harga $449 (RM 2008) sebuah.