Sunday, 13 March 2016

Serius Cool - Kehidupan Nelayan Basikal Di Amsterdam (12 Gambar)


Ikan BMX Satu!

Kota Amsterdam terkenal dengan tiga perkara iaitu ganja, kawasan lampu merah dan basikal. Di dalam kota ini dianggarkan terdapat 2 Juta basikal yang digunakan penduduk untuk pergi dari titik A ke titik B. Negara Belanda adalah antara negara paling rata di dunia dan oleh sebab itu menggunakan basikal sejak kecil adalah perkara biasa. 

Pada waktu yang sama membuang basikal ke dalam terusan di Amsterdam juga sudah berlaku sejak sekian lama. Sekitar dekad 60an, pihak berkuasa tempatan Amsterdam menyedari semakin banyak basikal dibuang ke dalam terusan sehingga menyebabkan ia mencalarkan bahagian bawah bot. 

Maka bagi mengelakkan terusan dipenuhi basikal, kerja pembersihan dilakukan setiap hari. Tugas membersihkan terusan jatuh ke atas "nelayan basikal". Mereka akan berlayar di dalam bot yang dilengkapi penyangkuk besar yang memudahkan basikal dibawa keluar dari terusan. Setiap tahun sekitar 15000 basikal akan dibawa keluar dari terusan. Kesemua basikal yang "ditangkap" kemudian dikitar semula oleh pihak berkuasa tempatan. 



Serius WTF - Apakah Benda Paling Menjijikkan Pernah Dialami Pelakon Filem Dewasa? (NSFW)


Edukesyenel

Wow. Ini ialah siri video temuramah dengan pelakon dewasa dan soalan yang ditanyakan ialah apakah benda paling menjijikkan yang pernah dialami oleh mereka. Really interesting stories. Obvious NSFW.



Serius Cool - Rekaan Baru Stadium Stamford Bridge Chelsea Diperlihatkan (8 Gambar)


Blue Is The Colour

Chelsea ialah kelab bola sepak yang hebat. Mereka lebih banyak memenangi Piala Eropah, FA, Carling Cup, UEFA Cup dan Liga Perdana Inggeris berbanding Kelantan, JDT serta Segambut Dalam Rovers. Kelab ini telah lama mahu membesarkan stadium Stamford Bridge supaya mampu bersaing dengan kelab besar lain seperti Pahang, FELDA United dan Selangor. 

Berikut ialah rekaan akhir Stamford Bridge selepas proses ubahsuai yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Ia bakat meningkatkan kapasiti stadium dari 48000 kepada 60000 orang penonton. Rekaan kerangka luar stadium diperbuat daripada batu bata bagi memperingati asal usul stadium yang pada asalnya dibina pada tahun 1876 or Archibadl Leitch. Rekaan baru ini dihasilkan oleh firma Herzog & de Meuron, firma yang sama bertanggungjawab mereka Stadium Olimpik Beijing yang kelihatan seperti sebuah sarang burung.

Serius Cool - QwerkyWriter : Papan Kekunci Bluetooth Dengan Rekaan Retro (6 Gambar)


Klik Klak

Kami menghabiskan masa sekitar 12 jam sehari menaip seperti monyet Shakespeare di hadapan komputer. Papan kekunci ialah senjata yang kami gunakan untuk menulis puluhan artikel sehari. Sebuah papan kekunci yang bagus perlu kami miliki bagi memastikan ia mampu bertahan lama dan selesa untuk digunakan. Secara peribadi papan kekunci buatan Microsoft ialah yang terbaik bagi kami kerana rekaannya amat ergonomik.

Kepada yang mahukan papan kekunci moden dengan rekaan old school kini anda mempunyai pilihan di dalam bentuk QwerkyWriter. Ia mempunyai kekunci seakan sebuah mesin taip zaman tok kaduk. Complete with the thingy on the left to make the page go up because screw modern convenience I wanna look hipster as hell. Harga jualan ialah USD 349 (RM 1421) sebuah.





Serius Konsep - Vision Next 100 : Konsep Kenderaan Masa Hadapan BMW (15 Gambar)


Tiada Lagi Pemandu

Kereta dicipta pada tahun 1885 oleh Daimlez Benz. Kereta pertama yang dikeluarkan oleh kegunaan massa ialah Ford Model T pada tahun 1908. Ianya dijual pada harga USD 825 iaitu bersamaan dengan USD 21700 (~RM 88400) menggunakan nilai mata wang sekarang. Sejak daripada itu kereta mula menyesakkan hidup manusia dan mencemari alam sekitar. Memandu ialah keperluan sekiranya anda duduk di Kuala Lumpur. Kereta dan pemandu mempunyai perhubungan love hate yang amat tragis. Yes we need you damn do you cost a lot of money and I waste too much time in traffic.

Vision Next 100 ialah konsep kenderaan yang bakal digunakan 100 tahun dari sekarang oleh BMW. Menurut mereka kereta masa hadapan akan menggunakan kuasa elektrik. Tubuh kenderaan kini dinamik. Jubin yang membentuk tubuh bergerak mengikut tayar ketika membelok. Ia turut boleh berubah secara responsif bagi mengoptimumkan aliran udara sekaligus mengurangkan rintangan udara. Cool ideas.


Serius Kreatif - 16 Patung Selebriti Popular Yang Realistik Buatan Sendiri


Mini Retis

Di Blogserius kami banyak memaparkan figura aksi adiwira yang cool. Hari ini kami akan paparkan patung realistik selebriti wanita yang dihasilkan oleh Cyguy83. Kesemua patung di bawah diubahsuai sendiri oleh beliau untuk kelihatan seperti selebriti terkenal seperti Madonna, Taylor Feminists, Beyonce,Adele, Gal Gadot dan Daisy Ridley. Cool stuff. Sila follow akaun Instagram Cyguy83 untuk melihat lebih banyak karya beliau yang menakjubkan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails