Zing! Bentley EXP 10 Speed 6 ialah konsep kenderaan mewah baru oleh Bentley. Rekaan kereta ini mengambil inspirasi dari rekaan dalaman dan luaran kapal terbang. Ruangan konsol tengah kereta mempunyai skrin sesentuh gergasi seakan-akan sebuah peranti pintar. Tiada maklumat diberikan tentang enjin kereta konsep ini. Apa yang pasti ya all can just dream because we can never own this car anyway!
Ah! Berjabat tangan juga mempunyai adab-adab berbeza mengikut negara berbeza. Honestly tak sangka Australia ada adab wanita tak berjabat sesama wanita. Consider me educated!
Michael Bay! Wow........ patutlah selalu dengar telefon terbakar apabila pakai bateri cap ayam. Kalau berlaku kebocoran terus jadi filem Michael Bay! Thanks @Shamhardy
Mathmatical! Wah rantai-rantai comel bertemakan kartun Adventure Time di bawah adalah sangat cool. Ia dihasilkan oleh Doppledew. Sangat kreatif dan sesuai dengan tema kartun yang comel tetapi twisted ini!
LOL Apakah terjadi jika selebriti cantik jelita dunia menjadi gemuk? Adakah mereka masih akan digilai ramai? Ini adalah manipulasi gambar yang dihasilkan oleh XmasterDavid. Sangat LMAO.
Perjalanan Sehala Perjalanan ke kawasan perkuburan ialah perjalanan akhir seseorang insan. Ada yang diusung, ada yang dibawa menaiki kereta mayat dan jika anda seorang VVIP anda akan ditarik oleh pedati kuda. Kesemuanya mempunyai elemen tradisi turun temurun. Bagi Hamid Bekradi perjalanan akhir boleh dilakukan dengan meggunakan kuda yang menarik kereta kuda retro futuristik. Rekaan beliau The Last Ride mempunyai kelihatan seperti sebuah roda gergasi dan keranda diletakkan di dalam "tayar". Kinda like Zone Riders edisi morbid. Looks cool though.