Nice! Sebelum ini kami paparkan bilik hotel di dalam kereta kabel di Austria. Hari ini pula kami paparkan bilik hotel unik di dalam sebuah ski slope. Bilik ini berada pada ketinggian 64 meter dari tanah dan memberikan pemandangan sekitar tanjak ski Holmenkollen, Norway. Selain pemandangan cantik anda juga boleh memilih untuk turun dari bilik menggunakan zip line. Jadi sekiranya anda gayat hotel ini bukan untuk anda!
Kitar Semula Tiap tiap tahun majoriti pengguna iPhone yang kaya akan membeli model terkini keluaran syarikat milik mendiang Steve Jobs. Kebanyakkan peranti ini dijual dan ada juga yan disimpan di dalam kotak oleh pemilik dan dijadikan koleksi. i Ready O ialah alat yang akan mengubah iPhone lama anda menjadi sebuah radio retro digital. Peranti lama anda dimasukkan kedalam i Ready O dan bunyi akan dikeluarkan melalui pembesar suara terbina. Ia sesuai digunakan oleh iPhone 4, 4S, 5 dan 5S.
Terbalik Menara Berkembar Petronas ialah antara menara yang paling terkenal rekaannya. Sungguhpun tidak lagi memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia, menara berkembar ini mudah dikenali kerana tidak banyak menara tinggi dengan rekaan berkembar. Kuala Lumpur Signature Tower ialah sebuah konsep bangunan yang dihasilkan oleh firma BIG untuk 1 Malaysia Development Board. Sekiranya dibina ia akan menjadi mercu tanda baru Bandaraya Kuala Lumpur. Rekaan terbalik ini dihasilkan atas alasan mahu menjadi bangunan peneman menara Petronas.Jika dipandang dari sudut tertentu,Signature Tower boleh memenuhi ruang kosong di antara menara Petronas. Ia bakal mempunyai ruang sebesar 200 000 meter persegi. Selain ruang pejabat ia turut mempunyai apartmen mewah, hotel dan pusat membeli belah. Sebuah rekaan yang unik dan menarik. Jika ianya terbina ianya pasti membuatkan langit Kuala Lumpur semakin meriah.
Bantal Swag Pencemaran bunyi dan cahaya di bandaraya membuatkan kita sukar untuk tidur. Sekarang musim perayaan tahun baru cina dan bunyi bising dari letupan mercun sangat menjengkelkan. Di Jepun masalah bising dan cahaya yang persistent membuatkan bantal Igloo di bawah dicipta. Ia dibina daripada bahan serap bunyi yang berjaya menyekat bunyi sebanyak 100% dan 95% cahaya apabila digunakan. Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah tidur.