LMAO Akaun RichKidsOfInstagram boleh membuatkan jati diri anda jatuh kerana tidak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya. Pelbagai kemawahan ditunjukkan dan pada masa yang sama kebabangang juga dipaparkan kepada umum. Berikut ialah beberapa gambar meganjing gambar anak-anak orang kaya menggunakan benda paling marhaen. Bila nak buat versi menganjing RichKidsof Malaysia pula?
Damn Son! Lockheed AC 130 Spectre ialah pesawat kargo yang diubah menjadi kereta kebal di udara. Ia dilengkapi dua meriam 20 mm M61 Vulcan , satu meriam Bofors 40mm dan satu meriam 105 mm M102. Spectre telah digunakan untuk memberikan bantuan kepada tentera infantri sejak Perang Vietnam. Walaupun sudah berusia lebih 30 tahun,Spectre masih digunakan dengan meluas oleh tentera Amerika Syarikat di Afganistan. Kemampuannya sebagai kereta kebal terbang menyelamatkan banyak nyawa infantri dan memusnahkan musuh dari udara. Model terkini Spectre kini turut mampu melancarkan misil udara ke darah Hellfire dan bom. Model 1:72 AC 130H Spectre ini dihasilkan oleh John Vojtech dan memenangi anugerah kerana keperincian penghasilannya. Jelly!
Art Justin Meyer ialah pelukis yang berasal dari Amerika Syarikat. Lukisan yang menggunakan hanya pensel beliau adalah sabgat realistik dan menakjubkan.
Nice Las Vegas ialah bandar "yang tidak pernah tidur" dan paling terang apabila dilihat dari angkasa. Penggunaan lampu neon tertinggi di dunia juga adalah terbesar di bandraya dosa ini. Ini memberikan idea kepada Vincent Laforet untuk mengambil gambar Las Vegas dari ketinggian hampir 11 000 kaki pada waktu malam. Hasilnya ialah Vegas kelihatan seperti miniatur dan dua kali pandang seperti papan elektronik. Nice work
Video Masih ingatkah anda Sufiah Yusof pelajar genius yang memasuki Oxford pada usia muda 13 tahun. Beliau menimbulkan kontroversi beberapa tahun yang lalu kerana menjadi pekerja seks. Apa khabar beliau sekarang? Lihat segmen Nona di bawah untuk berita terkini beliau.
Send In The Drone Dron quadrotor kini digunakan untuk mengambil gambar dari udara dan juga menyeludup dadah menyeberangi sempada di Mexico. Dron empat kipas ini digunakan kerata ianya mampu terbang secara stabil. Bagi Argodesign, quadrotor juga sesuai dijadikan asas rekaan dron ambulan yang boleh diterbangkan secara automatik ke kawasan kemalangan. Dengan rekaan kompak ia boleh mendarat di hampir mana-mana sahaja dan menyelamatkan nyawa mangsa yang terlibat. Sebuah konsep yang menarik. Ini mengingatkan kami kepada konsep dron ARES yang dicipta untuk kegunaan ketenteraan, Dua konsep berbeza untuk sektor yang berbeza tetapi masih dengan tujuan menyelamatkan nyawa.