skip to main |
skip to sidebar
Bean!
Mr Bean ialah watak yang kami tidak sangka akan mempunyai figura aksinya sendiri. Figura aksi ini dihasilkan oleh Enterbay dan kelihatan sangat relistik. Ia lengkap dengan anak patung, ayam belanda, stereng kereta, seluar dalam dan dua set kepala. Kini anda boleh memiliki Mr Bean anda sendiri. Harga jualan bermula dari RM1448. Still nice though
Malaysia Boleh
Ini ialah rekaan Malaysia Square di Battersea Power Station. Ianya bekas stesen janakuasa yang kini akan dibangunkan semula sebagai kawasan kediaman dan pusat membeli belah oleh Sime Darby Dan SP Setia. Rekaan Malaysia Square diilhamkan oleh Gua Mulu di Sarawak. Ia akan menjadi focal point untuk bertemu rakan dan melihat Melayu elit lepak ketika di London. HA HA HA.
Background
Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliens serta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.
Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikat Sime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka.
Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Neko!
IKEA ada menjual katil kayu untuk anak patung. Katil ini digunakan oleh pemilik kucing di Jepun sebagai katil untuk kucing peliharaan mereka. Hasilnya ialah kekawaiian tahap melampau!
PADU!
Sangat random dan padu. Iklan macam ini pastinya diharamkan di Malaysia kerana seditious!
Thanks @Syvzwvn
Cool
Di Malaysia The Mines ialah pusat membeli belah akuatik pertama di dunia. Ketika baru dibuka The Mines was the shiznit kerana anda boleh menaiki bot di dalamnya. Kini bot dah nampk hampeh dan terusan air pula kotor. Jumlah pelanggan juga tak banyak kerana to be honest who the hell goes to The Mines. Di China ada Hanhai Dongfeng Town Center yang juga bertemakan akuatik. Terdapat pancuran air pada bumbung pusat membeli belah ini berserta paparan LED gergasi. Sebuah akuarium gergasi terletak di ruang legar dan terusan air.Pusat membeli belah seluas 38000 meter persegi ini cuba memberikan imej baru kepada bandar Zhengzhou yang merupakan 10 bandar paling tercemar di China. I am not sure a mall will change the city tapi ini ialah China. Logik akal tidak penting dalam pengasilan rekaan.
Dope
Fon kepala wireless memang cool tetapi anda perlu menghabiskan masa mengecas baterinya apabila selesai dipakai. Dengan Exod Helios anda tidak perlu risau bateri akan habis dengan pantas kerana fon kepala ini boleh mengecas dengan sendiri kerana dilengkapi panel solar. Panel solar terletak pada bahagian atas fon kepala. Sejam di bawah mentari memberikan kuasa selama 30 minit. Bagi memudahkan ianya disimpan, fon kepala ini boleh dilipat. Harga jualan bermula dari RM540 sepasang. Dayyum but nice