Wednesday, 3 September 2014

Serius LOL - Iklan Pinjaman Ah Long Yang Paling Comel


Ah Long Pandai Main Meme 

Hahaha,, comel pulak iklan Ah Long ini.


Serius Cool - Alienware Area 51 Edisi 2014 : Komputer Desktop Yang Seksi Untuk Gamers (12 Gambar)


Kembalinya Sebuah Lagenda

Komputer keluaran Alienware memang terkenal dengan spesifikasi tinggi dan rekaan yang unik. Ketika semua casing PC berbentuk kotak, Area 51 edisi 2006 mempunyai casing yang kelihatan seperti kepala seekor makhluk asing. Untuk Area 51 Edisi 2014, rekaan casing yang lebih radikal diperlihatkan. Ia berbentuk tiga segi dengan sistem lampu LED pada sisi dan bahagian hadapan. Ia diperkasakan pemproses  Intel Core i7 Haswell terkini, RAM sehingga 32 GB DDR4 dan 3 kad grafik AMD ataupun NVdia. Anda boleh gaming sehingga mata lebam pada resolusi 4K. Tiada tetapan harga diumumkan setakat ini tetapi since this is an Area 51, bersedia untuk membakar duit anda sekiranya berminat. 



Serius Cool - "Voltron" Edisi Watak Komik Fujio F Fujiko (11 Gambar)


Just Take My Money

Fujio F Fujiko ialah nama pena penulis/pelukis manga terkemua Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Dua individu ini bertanggung jawab mereka watak-watak komik yang mewarnai zaman kanak-kanak kita. Watak paling terkenal ciptaan mereka ialah Doraemon, kucing biru dari masa hadapan. Robot seumpama Voltron yang boleh digabungkan berasaskan 6 watak ciptaan mereka kini boleh anda miliki, Turut disertakan ialah mesin cahaya masa, berus lukisan dan beret. Ianya akan mula dijula November ini pada harga RM 568 satu set. Nice dan sila ambil wang saya.

Thanks @LinkinStreet



Serius WTF - Shukatsu Fest : Ekspo Persediaan Kematian Di Jepun (11 Gambar)


Alam Barzakh

Persediaan untuk alam barzakh bagi orang Islam adalah simple. Banyakkan sahaja amalan duniawi dan berharap semua amalan diterima Allah. Kepada yang bukan Islam mungkin sedikit kompleks kerana dan perlu menguruskan keranda, pakaian kematian dan apakah lagu yang perlu dimainkan di majlis pengkebumian. 

Shukatsu Fest yang dilangsungkan di Tokyo Jepun memudahkan proses menguruskan hati kematian anda. Pengunjung boleh mencuba pelbagai keranda, teknik mekap selepas kematian dan baju yang akan dipakai di dalam keranda. Ekspo kematian sebegini semakin popular di Jepun kerana taboo bersedia untuk kematian semakin berkurangan. Di Jepun jumlah warga tua menandingi jumlah bayi. Paling menarik jualan pampers dewasa lebih banyak dari pampers bayi. Marilah kita bersedia untuk mati.



Serius Khidmat Masyarakat, : Senarai Nama Syarikat Yang Disenarai Hitam Kerana Penipuan Pakej Umrah


Pembohong

Tiap tahun kita akan dengar cerita sadis bakal umrah yang kandas di lapangan terbang kerana ditipu syarikat pengurusan pakej umrah. Tahukah anda Kementerian Pelancongan ada meletakkan senarai syarikat yang sah pembohong di laman web mereka? Di bawah ialah senarai beberapa syarikat yang disahkan pembohong dan lesen mereka sudah ditarik. Sila buat kajian dahulu sebelum menyertai mana-mana pakej




Sumber Kementerian Pelancongan

Serius Kreatif - FILMography : Gabungan Filem Ternama Dan Lokasi Penggambaran Mereka (12 Gambar)


Nice!

FILMography ialah projek seni yang dijayakan oleh Christopher Maroney yang menggabungkan lokasi penggambaran filem dengan babak dari filem itu sendiri. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar dari siri ini sila ke laman FILMography.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails